Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, July 17, 2009

Little Reader: Alat Bantu untuk Mengajar Bayi Anda MEMBACA!!

* untuk menjimatkan masa, sebahagian "bebelan" aku nih dicedok dari blog personal Qarissa*

Pernahkah anda dengar tentang Little Reader? Terus terang, aku tak pernah tau tentang kewujudan Little Reader sampailah aku tgk kehebatan Baby Felicity "membaca" di kala usianya 1 tahun 2 hari. Sungguh mengagumkan dan sejak itu, aku nekad untuk memberikan yang TERBAIK untuk Qarissa. Aku nak anak aku bijak sama macam Baby tu. Siap boleh karaoke masa umur 2 tahun setengah weii! Sungguhlah power. Memandangkan aku nih gila karaoke, memang haruslah aku suh Qarissa cepat-cepat MEMBACA agar dia boleh join aku di Red Box nanti. Wakakaka...dia nyanyi lagu nursery rhymes, aku nyanyi lagu Stacy!! Hahahhaa...

Interface Little Reader

Lepas tengok video tu, aku terus buat searching dan akhirnya terlanding ke website yang berkaitan. Terus join secara PERCUMA dan surf all the content selama 3 hari tanpa jemu, download semua FREE Presentation Programme yang diberi, tunjuk kat Qarissa setiap hari, tak boleh tidur sebab pikir nak beli ke tak nak dan akhirnya ....AKU BELI sebab its a LIFETIME Programme yang sangat berbaloi. Aku beli sekali dengan Little Math. Tapi nanti ak asingkan cerita Little Math nih ok...

Video 1: Baby Felicity @ 1 year 2 days age.

Untuk sesapa yang tak tahu, LR ni adalah satu alat bantu mengajar bayi & anak-anak anda MEMBACA. Kita beli license dari the company & download the software kat PC @ Lappy. Satu license boleh download kat 2 PC. Sebelum di upgrade, dia takder COURSE. Kita boleh buat sendiri subjek-subjek yang kita inginkan @ amik subjek-subjek pilihan yang kita nak melalui file download yang disediakan dalam FORUM nya. Parents di seluruh dunia akan share the file yang dorang buat dalam FORUM tuh, dan kita boleh upload the file. So tak yahlah kita buat sendiri file yang mungkin akan amik masa. The best thing is - KITA BOLEH AJAR ANAK KITA SEGALA BAHASA YANG ADA DI DUNIA INI!! Sebab all the parents dari all over the world kongsikan file-file yang mereka create utk anak sendiri, jadi they teach their baby macam-macam languange & share dalam FORUM. Setakat ni aku dah download certain2 subjek dalam French, Spanish, Jepun & Mandarin. Tapi, kalau nak buat subjek sendiri pun bagus juga. Kita boleh share dgn parents lain & dapat points (dulu, sebelum upgrade. Sekarang tak dapat lagi, sampailah ada 100 org download subjek @ file yg kita htr, then baru dapat point yg banyak sekaligus) yang boleh kita kumpul dan tukarkan dengan kupon untuk beli other products yang syarikat tu rekomenkan. Jadi, aku banyak habiskan masa mendownload semua file-file yang parents share dalam tu. Ada jugak aku send few files yang aku create sendiri. Memang best lah, sampai aku leka dengan mender tu jer setiap hari. Sekarang bila dah ada COURSE, lagi best & senang kerja kita, sebab COURSE dia ikut semester. Macam contoh, SEMESTER 1 ada 130 hari, maknanya ada 130 lesson yang diajar. Kita just bukak jer software tu sambil pegang anak kita & encourage them to speak & read macam apa yang dia dengar dalam subjek tu.

Video 2: Baby Felicity @ 1 year 6 months

Software ni disertakan dengan voice recorder di mana kita boleh rekod suara kita dalam ni. Kita boleh add, edit & delete as usual. Jadi, aku rekod suara semua family aku dan buat subjek khas utk Qarissa supaya dia meengenali ahli terdekat keluarga kami dengan lebih baik & tak cranky bila ada majlis keluarga. The result is tremendous!! Aku mainkan subjek yang aku ciptakan khas iaitu "Family Phrase to Qarissa " everyday setiap kali READING TIME.Dari sinilah Qarissa belajar sebut Daddy (Addy) & Mummy (Ami). Asyik lah dia mengangguk-angguk setiap kali software tuh keluarkan suara. macam paham jerr!! Hehhe.. Semua action words macam kick, point, stand, sit, laugh, smile, clap dan banyak lagi dia belajar dari LR nih. Bagus LR nih sebab approach dia bukan macam flash card biasa. Dia ada Word Flash, Multisensory, Picture Flash, Patterns Phonics & siap ada Video lagi. Jadi baby & anak-anak kita dapat menstimulasikan semua sensory dia. They can hear, buat action & sebutkan kembali apa yang dah di beritahu dalam software tu. Korang leh tgk the video yang sempat aku rakamkan masa buat READING TIME dengan Qarissa. Secara tak sengaja, kebetulan ada camera in hand.

Video 3: Baby Felicity @ 2 & 1/2 years

Aku perasan, bila lama-lama Q tgk subjek dlm software tuh, memang dia paham & try to do the action @ sebut sesuatu perkataan tu. Kalau korang perhatikan betul-betul video nih, Mak aku (nenek Q) ada cakap, "Qarissa, nenek love u....Hahhaha" dan mak aku memang gelak tau! Qarissa pun ikut gelak sama!! Kelakar jer masa mula2 aku dengar. Memula aku nak delete part gelak tuh, sebab boleh edit, then tak jadi sebab aku rasa unik, so aku biarkan. Tak sangka plak si Q suka & try to imitate the part. Macam fake pun ada gak wei! Hhaha...Saja nak jaga hati mak aku kununnya, dia pun bantai gelak! Haahahaa..so cute. Sekarang ni, kalau gi mana-mana, sesiapa yg tau aksi Q, mesti suruh aku cakap that word to Q semata-mata nak dengar Q "gelak fake!" Wakaaka.. Tapi serius, memang chomel sgt!! Then korang pun leh tgk dia angguk-angguk dan sebut .."Eyyyy" bila dengar suara Daddy dia dalam tu..

Tapi dalam video nih, aku rasa part paling KELAKAR adalah part akhir, start dari 2:20 sampai habis.. Memang lawak giler coz Q keep on nodding her head bila aku tanya suka tak, nak lagi ker, sampai aku pun tergelak sama! Habis dia henjut-henjut paler wei!! Siap tepuk tangan, babai aku dan kelip-kelip mata kemain lagi...Lawak ah Q nih.. Tapi You Tube ni kengkadang suka sangkut-sangkut. Aku tgk pakai Google Chrome & selalunya bila first time play, dia akan sangkut2 sikit. Just biarkan sampai habis & try to play again for the 2nd time. Kali kedua play baru tak sangkut.

Sekarang ni, memang READING TIME adalah aktiviti wajib we all. Tuhan jer tahu betapa happynya aku bila Qarissa tgk my Lappy sambil buat macam-macam action everytime the words pop up. Kengkadang, the software baru kuarkan word, belum keluar suara lagi, tapi dia dah buat the action. Aku rasa seronok giler beb!! Bila time smile @ laugh, dia pun akan gelak sama sebab ada video the baby tgh smile & laugh, so she think that the baby laugh & smile at her lah. Aku cuma peluk Q sambil bisikkan pelan-pelan the words kat telinga dia. Aku ikut balik apa yg software tu cakap, jadi dia boleh dengar dengan jelas coz sumtimes, the words yang keluar tak berapa jelas, macam "Sit", kengkadang dengar as "It", maybe its due to may Lappy kot tapi tak lah selalu. Lagipun, best rasanya bila join sekali ngan Q time Reading Time ni. Dia paling suka video Peek A Boo yg ada dalam ni.

Pada parents yang nak tau lebih lanjut pasal this Little Reader, boleh klik SINI. Aku suggestkan korang join FORUM dia, sebab memang banyak info korang leh dapat PERCUMA. Then, kalau korang aktif lagi bagus, coz setiap kali korang reply atau buat thread baru, korang akan dapat point, then boleh kumpulkan point tuh sampai cukup untuk trade dengan apa-apa produk yang ditawarkan. Jadi, tak sesialah korang share all the info coz they appreciate all your comments. First time lah aku nampak such FORUM wat camni. Very impressive. Korang register pun dapat point tau! Banyak mak bapak from all over the world kongsi pengalaman dorang pasal early education kat sini. Banyak jugak yang korang leh DOWNLOAD FREE sebagai permulaan untuk ajar anak korang. Sebelum aku beli this software, aku download semua yang FREE presentation & tunjuk kat Qarissa. Suka giler dia wei, sampai tiru bunyi binatang tuh! Hehehe..Tu yg buatkan aku nak beli the software. Memang keputusan & pelaburan yang sungguh BIJAK aku rasa! Hehhe..

Sekarang, sejak dah upgrade nih, team LR ni ada buat 14 hari FREE TRIAL. Korang akan dapat rasai sendiri how it works TAPI, aku dengan sesungguhnya suggestkan korang untuk manfaatkan 2 minggu tuh betul-betul. Pulun habis-habis. Sekali main 4-5 kali pun takper. Cari masa yang korang boleh luangkan 2 minggu straight utk ajar anak korang. Download the subject yang bagus-bagus sebab dorang bg access the Brillkids Premium Download Content ni dlm tempoh 2 minggu tu. Buat READING TIME ACTIVITIES ni everyday, utk tgk perkembangan & reaksi anak korang terhadap this produk. Jangan buat separuh-separuh atau sekejap-sekejap. Sebab nanti habis 2 minggu, dah tak dapat nak try lagi, unless guna PC & akaun baru. Dalam Trial Version nih, dia dah siap-siap pre installed 1 week kurikulum. Aku pun tak pasti camner rupa bentuknya sebab tak pernah lagi try Free Trial ni. Maybe if korang dah wat, leh share ngan aku camner Free Trial ni berfungsi.

Dah banyak aku membebel nih, mehlah kita layan video si Qarissa & Her Litte Reader nih plak yerk! Hhehehe..

Qarissa Yang Sakan Tgk LR. Part paling best start from 2:20. Hangguk bukan main. Kalau sangkut-sangkut, korang tgk pakai Google Chrome & let it play 1st round, then tgk lagi for 2nd round. Aku try wat camtuh, the 2nd round cun! Tak sangkut-sangkut.

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Happy Sharing,

No comments: