* entry ni aku masukkan sekali pada tarikh yang sama aku masukkan dalam blog personal Qarissa coz I'm so happy & proud with my baby's achivement. Walaupun ini bukan kali pertama dia beraksi sedemikian, tetapi apabila aksinya dapat dirakamkan di dalam bentuk video, ia adalah sesuatu yang membuatkan aku sangat berbangga melahirkannya! Seperti yang selalu aku katakan malah nama blog ini pun - All Babies Are GENIUS! dan sesungguhnya ia adalah BENAR. Semoga video ini dapat memberikan inspirasi kepada para ibu bapa di luar sana sebagaimana aku menonton video anak-anak yang lain di You Tube sebelum ini. Dan aku juga tak sabar ingin melihat video anak-anak para bloggers yang lain jika ada, Jangan lupa kongsikan bersama kerana anak-anak ini sangat menginspirasikan!! *
*****************************************************
Huiyyoooo..Jumaat yg paling happening dalam hidup aku!! Inilah Hadiah Hari Lahir untuk aku yang paling bermakna!! Esok, 25 July 2009 b'day aku yg ke 29 dan Qarissa dah bg hadiah yang paling bermakna untuk Mummynya!! Tq sayang!! Aku rasa aku pernah bgtau korang yang aku plan nak ambik video Qarissa tengah buat READING TIME guna software Little Reader dalam entry sebelum ni kan.. tapi setakat hari ni blum tercapai sebab aku leka ngan dia depan PC time buat reading time tuh + kena ada org tolong ambilkan video sementara aku pegang Q. Hubby aku kerja, Nor plak tak pandai amik video. Kalau amik gambar tu oklah. Bila malam lak, time wat reading time, aku nih terhover seksi plak pakai baju time ngajar, sungguh tak sesuai laki aku amik video weiiii!! Jadi, selalulah tergendala rancangan nak ambik video tu..
Gaya yang sungguh poyos tapi aku suka!! Bijak anak Mummy!! Tengah taip apa tu nak??
Dah memang rezeki aku hari ni, menjelang umur Qarissa 13 bulan dua hari lagi (26 July 09), aku dapat rakamkan aksi membaca dari si bijak ni. Aku tak terpikir pun nak ambil video Q tengah membaca. Aku plan nak ambik video yang Q dah pandai buat action sendiri bila aku nyanyi lagu Pat A Cake. Kiut sgt bila dia "pat" perut dia yg gemoookkk tu tau! Tapi member cam tak minat jer, asyik lari sana sini. Memang masa tuh baru lepas buat reading time for afternoon session. Si Qarissa ni kalau aku tunjuk Little Reader tuh, dia mmg asyiklah nak tgk aja, takmo berhenti. Kengkadang bila Nor ambil dia untuk bawak turun bg sarapan (lepas wat Reading Time session pagi) dia akan merengek-rengek tak puas hati (tapi senyap pas nampak fish frame yang tergantung kat dinding masa nak tangga, sebab Nor selalu tunjuk, wkakaka..jadi distraction sket, tak sempat nak nangis ..dah teruja tgk fish!!)
Tekun melihat LR video
Then, tengah-tengah dia tergelek-gelek depan Lappy aku tuh, aku pun tetiba rasa nak rakam aksi dia tgh wat reading time. Aku risau dia akan tolak-tolak Lappy tuh ..(kalau korang tgk video ni sampai habis, memang ada part dia tolak Lappy, aku tolak balik ke atas pelan2 ..takut jahanam Lappy aku noks.... baru beli tuh ..hutang pun tak habis bayar nih...wkakakak...). Aku tgk dia berdiri dengan stabilnya as if aku nak bukakkan that Little Reader for her. Aku pun teruslah bukakkan dan rakamkan aksi dia. Ada few videos yang aku rakamkan, semua aksi dia memang teruja, wkakaka...tapi yg video ni best sebab boleh dengar dia bercakap sekali. Seronok giler aku!! Selalunya selama ni, mana-mana perkataan yang tak boleh di buat "actionnya", dia asyik mengangguk jer bila tgk the words, sumtimes jer dia kuarkan suara emas dia tapi ntah apa angin dia hari ni, dia sebut plak few words.. Memang rezeki aku lah dapat rakam wei.... Seronok gilerrr!!
Mata tak kelip masa reading time tau!! Fokus bukan main!
Aku rasa dia teruja tahap dewa sebab ni first time aku biarkan dia berdiri sorang-sorang depan PC sambil lepuk-lepuk Lappy aku kot. Selama ni kan aku peluk dia bila wat reading time. Takut aku kalau dia tarik-tarik Lappy tu. Tapi kali ni, aku terpaksa biarkan sebab sebelah tangan dah pegang kamera, sebelah lagi duk tekan mouse utk ke next page. Bermaharajalela lah si kenit tu!! Tuh yg over excited kot. Wakakaka...
Antara words yang korang leh dengar dia cakap cam "eye", "ear" dan "duck". Yang lain tu, dia buat aksi @ pegang mana-mana bhg badan dia & dia akan tenung words & gambar tuh macam nak makan!! Siap tunjuk-tunjuk semua kat skrin! Hehhehe..Concentrate sungguh!! Tak sabarnya aku nak tunggu masa Q pandai sebut semua perkataan ni. Teruja sangat!! Memang tak sesia lah aku Play & Learn ngan dia kat rumah selama ni. Alhamdulillah, syukur sangat tgk perkembangan Qarissa. Aku rasa semua family & kawan-kawan blogger @ non blogger pun akan tumpang gembira tgk aksi dan "kegeniusan" anak aku nih.Ceh ...puji diri sendiri plak.. perasan!! Eh ..baguslah perasan untuk kebaikan kan kan kan ...!! Buat aku lagi semangat nak mengajar Qarissa.
Antara action words yang paling dia suka tgk dan suka buat aksinya! Aksi JUMP pun dia suka buat tapi dia tak pandai jump lagi, jadi dia wat action bongkok badan cam nak jump tapi tak lompat! Wakakak..Kiut jer terbongkok2 ..Selalu aku yg tolong jump kan dia & she will smile lebar2!
Aku harap korang pun akan semangat juga nak ajar anak masing-masing membaca bila tgk video ni. Baby memang GENIUS wei...semua baby GENIUS!! Dulu masa takder anak, aku percaya jugak tapi takder tempat nak buktikan fakta tu, yer lah, Q belum lahir kan, tapi lepas Q lahir, aku mmg semangat nak tgk hasilnya bila kita bg yg terbaik untuk anak kita dan walla!! I'm a proud mother of my little Angel Qarissa now!! Syukur alhamdulillah...
Pada aku, korang sumbatlah apa ilmu pun, the babies can save it in their mind tau! Repetition is very important. Repeat, repeat & repeat sampai they fully absorb coz baby tak pernah borink!! Dulu aku baca dan tengok video anak orang, walaupun Q memang dah pandai buat perkara tu sejak dia tgk Little Reader tu, tapi selagi tak rakam, tak rasa umpphh tau!! Sebab takder bukti. Takut plak orang kata, aku nih pandai cakap jer ..bukti tak bagi.. Hahahah..skang, aku dengan bangganya menayang gambar video anak aku tengah membaca! Happy..happy ..happy ...! Tak sabar nak tayang kat family aku & my hubby!!
Dah jatuh terduduk pun sanggup bangun balik to continue reading! Bravo Qarissa Darling!!
Mehlah kita kongsi kegembiraan aku di hari Jumaat yang indah ini dengan melihat anakku membaca!! Terima kasih Tuhan ..I'm so happy with this precious gift. Amin....Tak lupa padaLittle Reader, yang menjadi salah satu dari alat bantu untuk aku mengajar Qarissa. Tak sesia pelaburan aku! Dan aku akan pastikan, semua alat bantu yg aku beli dan invest, akan digunakan sebaik mungkin, so Qarissa dapat benefitnya!! Insya Allah...
My Qarissa Can Read!! Aksi Qarissa menjadi RAJA di depan Lappy!!
*feel free to contact me, Watie @ 016- 2033340 for appointment & consultation on early education*
Happiest Friday In My Life,
2 comments:
wah bijaknya Q...buat I rasa teruja gak nk apply all the techniques yang u cerita kat blog u ni to my baby...
hepi becoming birthday :)
yatie chomeyl, hehehhe..i paham perasaan tuh yang ..sebab i pun masa memula nampak video anak org lain, terus teruja nak wat kat anak sendiri ..masa tuh Q baru 11 bulan tak silap i .. dalam bulan 5 i beli software tu, terus ajar dia .. kira cepat gaklah nampak perubahan sebab skang baru bulan 7 kan ..hehehe.. rasa cam dah lama plak i beli that LR..waaakaka..maybe sebab pakai hari2 .. jadi rasa cam dah lama ..
tq for ur wish dear ...appreciate it! :)
Post a Comment