Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, December 31, 2010

Isu Sensitif: Malu Ker Ada Anak Cacat?

Isu yang akan aku ketengahkan ini mungkin akan:

  1. Mengganggu perasaan sesetengah pihak yang suka sentap tak tentu pasal :P
  2. Memberikan inspirasi pada ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa @  cacat :) 
Terpulang kepada bagaimana mereka menilai entry ini. :) Apa yang dapat aku sampaikan : Nilaikan entry ini dengan hati terbuka, lupakan seketika yang kita ada anak istimewa @ kalau bukan kita pun, sedara-mara atau kawan-kawan kita. Mungkin dari situ, kita akan menilainya dengan lebih adil. 

Soalan aku: Khas untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa, marahkan anda jika orang sebut atau cakap anak anda cacat? Yer, ayat yang dia guna CACAT, bukan istimewa ker, special ker .. tapi CACAT!! Marah Ker? Sentap Ker? Tension Ker? Kecik hati ker?

Pandangan Peribadi Aku: Pada ibu-ibu yang suka sentap atau terasa hati bila orang guna perkataan tuh, takyah lah kita nak sentap sangat pun. Menyediakan diri untuk menerima kata-kata yang "paling tak sedap di dengar" adalah lebih baik daripada mengharapkan orang mengguna kata-kata yang "lebih lembut" seperti istimewa, special dan sebagainya. Tak semua orang akan guna ayat lembut macam itu. Lagipun, apa salah guna ayat CACAT? Memang itu realitinya. Kita sendiri yang dah setkan bahawa perkataan CACAT itu adalah perkataan yang "keji, buruk, teruk, memalukan dan tidak sopan", sebab tuh kita tak boleh terima bila orang guna perkataan tuh, betul tak? Cuba kalau kita dah setkan di minda kita yang CACAT hanyalah satu perkataan yang memberi gambaran anak kita sedikit berbeza dengan anak orang lain, mungkin kita akan menghadapi saat-saat orang lain menggunakan perkataan itu dengan lebih relax dan tanpa rasa sedih atau marah.Mungkin orang tua yang suka guna perkataan tu, sebab time dulu-dulu belum ada lagi perkataan lebih sopan seperti "Orang Kurang Upaya" atau OKU, belum ada lagi  istilah "anak istimewa" pada zaman dahulu, yang memang digunakan adalah istilah CACAT itu sendiri .:) 

Mungkin juga yang guna istilah CACAT itu ialah kanak-kanak bawah umur yang masih belum mengerti bahawa perkataan tersebut "sangat menyakitkan" bagi sesetengah ibu bapa. For me kanak-kanak ini sangat pure, jujur dan bercakap sebenarnya. Agak sukar untuk mereka menyebut istilah2 bombastik seperti "Orang Kurang Upaya" misalnya, jadi istilah yang paling senang adalah perkataan CACAT itu sendiri. :) Mengapa mesti sentap sendiri sedangkan itulah hakikat sebenar dan itulah takdir Ilahi? 

Ini anak sulung saya, Qarissa. Nak kata "cacat" pun okeh sebab dia memang berbeza dari kanak-kanak sebaya. Dia boleh membaca seawal satu tahun, membaca dengan kuat pada usia 17  bulan dan membaca buku pada usia 2 thn 5 bulan. "Berbeza @ Cacat" lah gak kan?  :)

Sebab tuh aku kata, menyediakan diri menerima perkataan yang paling tidak enak didengar adalah lebih baik. kerana, apabila orang disekeliling kita menggunakannya, kita tidak akan terasa, dan jika mereka menggunakan perkataan yang lebih sopan seperti OKU, istimewa, special dan sebagainya, kita akan lebih gembira dan berterima kasih. Semuanya bermula dalam diri kita, otak kita. Sekiranya kita MEMBENARKAN perkataan CACAT itu menghantui hidup kita, maka ia sememangnya ia cukup menyakitkan. Jika tidak, maka perkataan CACAT itu hanyalah salah satu daripada jutaan perkataan yang ada di dunia ini. Pada aku sendiri, aku jarang menggunakan istilah CACAT itu untuk anak aku mahupun anak orang lain (kerana kita tidak tahu apa anggapan mereka kalau aku guna istilah tuh) tapi aku tak kisah pun jika ada sesiapa menggunakan istilah CACAT untuk menggambarkan keadaan tangan Zayra.:) Itu lah juga yang aku rasa patut ada pada semua ibu bapa yang ada anak istimewa. :) 

Daripada kita bersedih dan terasa hati, lebih baik kita lakukan sesuatu dan buktikan pada mereka bahawa anak kita juga berupaya melalukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak lain, malah mungkin lebih lagi. Ini akan membuatkan orang lain lebih menghormati kita dan secara tidak langsung, memberikan inspirasi pada orang lain, Bukankah itu lebih baik? Hidup ini terlalu singkat untuk kita menangisi nasib diri wahai kawanku sayang.. :) 

Biarlah aku berterus terang. Sepanjang 8 bulan Zayra lahir dan hidup di dunia ini, sepanjang aku membesarkan, cuma ada sekali sahaja kata-kata orang yang buat aku menangis sepanjang malam. Itu pun dilakukan secara "baling batu sembunyi tangan". Aku rasa dia nak tuju kat Zayra, tapi bila aku sound tepat dan tanya apa maksud dia, dia terus tukar channel dan buat cerita lain kata ayat tuh utk kawan dia lah ..apa lah .. whateva! Aku tak kisah langsung kalau dia "usik" aku, tapi secara terang2 aku rasa dia nak kata anak aku sebab ayat yang digunakan ialah  "Allah dah bagi petunjuk besar pun masih tak sedar .. bla..bla ..bla..". Apalah salah bayi sekecil Zayra sampai dia pulak nak tanggung mak dia punya salah (kalau betul mak dia salah dan kalau betul ayat tuh sebenarnya dituju utk Zayra lah kan ..) Di sebabkan dia dia dah tukar channel, aku pun malas nak panjang cerita sebab nanti aku pulak yang nampak bodoh. Cukuplah dia sorang jer yang "bodoh". Ekekeke... Aku senang jer, kalau nanti dah kena batang hidung ko.. tak pun anak cucu ko, tolong ingat balik nama Watie & Zayra yer! Sekian terima kasih! Hahhahaha... Tapi rasanya, bak kata Lyna & Jie, dorang tak layak pun ada anak istimewa @ cacat.. Hhehehe.. betul gak lah tuh .. :) Sebabnya, cukup2lah dia tu sendiri yang "cacat". kang lahir lak anak cacat, kesian lah pulok... :P 

Ini anak kedua saya Quzayra. Dia cacat di tangan kanan, tiada tulang atau namanya Symbrachydactyly yg berlaku 1 dari 32,000 kelahiran.Satu lagi kecacatannya, dia boleh "membaca" seawal usia 5 bulan. :) 

So, kesimpulannya, ia bergantung pada otak dan minda kita. Bagaimana kita menerima sesuatu perkara tersebut. Daripada memikirkan kata-kata orang yang takkan habis, lebih baik kita lakukan sesuatu yang berfaedah pada masyarakat. Orang akan lebih respect pada kita. Kita buktikan kat orang, ada anak istimewa tak menghalang kerja harian kita, kita jadi lebih baik, lebih maju, lebih berdaya saing dari mereka yang ada anak normal. Malah, kita boleh motivate orang lain untuk terus maju ke depan. Cukup-cukuplah bersedih, kerana ia tidak membawa kita ke mana-mana, kita akan nampak lebih lemah dan orang juga akan memandang lemah, malah mungkin syaitan juga bergembira bila tengok kita lemah, supaya senang dia nak tusuk-tusuk dan tanam-tanam wasangka jahat dalam hati kita kepada Allah SWT. Mintak dijauhkanlah perkara camtuh kan.. 

Banggalah dengan setiap anak kita, tidak kira mereka normal atau cacat kerana di mata Allah SWT mereka adalah sama sahaja tarafnya. Begitu juga di mata kita kan? :) Alangkah bahagianya kita bile kita dapat katakan pada masyarakat luar sesuatu yang membanggakan kita, seperti , "Yer, anak saya memang berbeza dari anak orang lain kerana dia boleh melukis dengan mulut pada usia 4 tahun!" atau "Yer, anak saya cacat kerana dia boleh bermain piano dengan kaki pada usia 5 tahun!" Siapa lagi yang nak ubah pandangan masyarakat kalau bukan kita, ibu dan bapa anak-anak cacat ini sendiri dan mereka-mereka yang cacat diluar sana. :) Secara jujurnya, apabila melihat orang dewasa yang cacat atau kanak-kanak cacat yang melalukan sesuatu yang hebat, seperti bermain piano menggunakan kaki misalnya, aku malu pada diri sendiri, sebab umur dah 30 tahun, main piano pun tak reti! :) Jangan kata pakai kaki, pakai jari pun belum tentu bunyi! Kekkeke... Syabas pada ibu budak tu :) Proud of you! 

Dan, di akhir tahun 2010 ini, marilah kita bersama-sama menanam azam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat supaya apa yang kita lakukan itu membawa erti dan manfaat pada orang lain. My company under Genius Baby On Board with my partner Lyna ada macam-macam plan utk dilakukan pada tahun 2011 dan semoga ianya menjadi kenyataan. Insya Allah ..kawan-kawan doakan yer! 

post signature

post signature

Thursday, December 30, 2010

Pendaftaran Playgroup Level 2 (6-12 Months) Kini Di Buka!


Alhamdulillah, rasanya dah ramai juga ibu bapa yang tertunggu-tunggu bila agaknya pihak GBOB akan membuka kelas Playgroup untuk Level 2 @ Crawler (6-12 Months). Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami kini membuka pendaftaran untuk kelas Playgroup Level 2 @ Crawler (6-12 Months) untuk tahun 2011. 

Kelas akan bermula pada bulan Januari 2011 bermula 8 Januari 2011 dan sekiranya anda berminat untuk menghadiri Trial Class bagi sessi ini, anda boleh membuat pendaftaran dengan pihak kami. Sila hubungi kami di talian 016-2033340 (Watie) untuk sessi pendaftaran penuh atau kelas percubaaan . 

Apabila kami melancarkan kelas Playgroup Level 2 ini, terdapat sedikit perubahan dari segi jadual untuk Playgroup Level 1. Berikut adalah maklumat terkini tentang Jadual Playgroup Class yang akan diadakan di Genius Baby On Board. 

Level 1 (Infant - 0-6 Months) - 9.30 am - 10.15 am 

Level 2 ( Crawler- 6-12 Months) - 10. 30 am - 11.15 am 

Level 4 (Runner - 18 Months - 4 years) - 11.30 am - 12.30 noon.

Harga untuk kelas mahupun Trial Class masih sama iaitu: 

Trial Class: RM 35 / Sessi (maksimum 2 Sessi untuk Trial Class) 

Harga Pakej: RM 150 setahun utk Yuran Pendaftaran & RM 35 / Class yang perlu di bayar untuk 4 kelas sekaligus. Jumlah yang harus di bayar ialah RM 290 ( RM 150 + RM 140) untuk kali pertama pendaftaran dan bulan-bulan berikutnya cuma RM 140 sahaja. 

Tempoh: 4 kelas tersebut boleh dihabiskan dalam tempoh 6 minggu bermula dari hari pertama anak anda datang ke kelasnya. 


Sebarang pertanyaan sila hubungi Watie supaya anda mendapat maklumat yang kelas dan lengkap. :) Ada juga ibu bapa yang berminat untuk membawa anak ke Playgroup @ BOB, cuma kekangan masa yang menyebabkan niat mereka terbantut dan ada yang meminta Watie menyediakan satu pakej untuk mereka yang tidak dapat commit setiap minggu. Insya Allah, Watie masih dalam perancangan untuk mereka bentuk satu program dan penyelesaian terhadap permintaan ibu bapa ini. Kalau  dah siap, akan Watie kongsikan yer :). Until then, jumpa anda di tahun baru 2011. Semoga ia membawa sinar yang lebih baik buat kita semua! Amin..

post signature

post signature

Wednesday, December 29, 2010

Padanlah Anak Kita Lambat Baca!!


Karnival Upin & Ipin yang baru sahaja tamat semalam di SACC Convention Centre menemukan aku dengan pelbagai lapisan ibu-bapa, orang perseorangan dan agensi yang terlibat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Semuanya suka dan percaya dengan kehebatan Little Reader dalam mengajar anak mereka membaca seawal usia. Ramai juga yang skeptikal dan bertanya macam-macam soalan, tapi bila tengok video testimoni Qarissa, Quzayra dan Felicity yang dimainkan berulang kali, mereka mulaa membuka minda.

Memang tak menang tangan aku melayan pelanggan dan membantu Team Brillkids sepanjang 5 hari tersebut. Staff Brillkids sememangnya sangat fokus dan komited dalam melaksanakan tugas mereka, malah lebih seronok dan bersemangat apabila mendengar aku membuat presentation pada pelanggan. Its all facts dan takder "kang kalikong". Semuanya benar dan realiti, memang seronok buat bisnes yg direct to the point dan ada matlamat serta objektif nih. :) Walaupun penat sampai hilang suara dan demam menjelang hari terakhir Karnival, aku tetap datang dan bertahan kerana merasakan betapa perlunya produk ini diperkenalkan pada ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang masih kecil. :) 

Apa yang mengejutkan aku sepanjang 5 hari ni, adalah tentang cara-cara yang Tadika amalkan ketika mengajar kanak-kanak. Aku berjumpa dengan 2 pelanggan yang berbeza. Satu pengetua Taska dan Tadika  dan satu lagi kerja di Kementerian yang related to ECE. Bila aku tunjukkan flash card LR yang memberikan variety (4 design, font, saiz dan warna yang berbeza), akak tuh macam terkejut sikit. Dan aku pulak yang terkejut bila dia kata lebih kurang camnilah bunyinya, "Kita kat tadika tak dibenarkan tunjuk font atau color yang berbeza pada murid. Cuma warna hitam & putih dan satu font sahaja.Sebab tuh akak pelik tengok flashcard you nih!".  Aku memang terkejut giler dengar, pastu aku tanya lagi, "Siapa yang suruh ajar camtuh kak? Maksud saya, guideline tuh dah diberikan ker?" Dan kakak tuh yer, memang ada guideline untuk Tadika-tadika ni semua, aku rasa maybe ikut garis panduan yang diberikan oleh kementerian yang berkaitan. Aku pulak dengan selambanya cakap, "Ohhhh.. padanlah budak-budak kat Malaysia ni agak kureng advance kalau nak dibandingkan dengan budak oversea, sebab kita sendiri yang limitkan pemikiran mereka!". Akak tuh cuma mampu mengangguk dan tersenyum. 

Akak kedua yang kerja di bahagian yang ada kaitan dengan Kementerian pun berkata perkara yang sama. Suaminya juga pernah kerja di bahagian yang berkaitan ECE, seingat aku more to Tabika KEMAS kot, dan dia pun setuju yang cara pendekatan yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak nih outdated dan membosankan. Dan, diakhir pembentangan, she bought the whole set of Little Reader utk anak-anak dia:..) 

 Well, melihat 2 situasi dan senario di atas, this is my personal view. Aku mengaku yang aku tiada Tadika, aku tak pernah pergi kursus mengendalikan Tadika @ Taska (sebab memang tiada keperluan pun, aku memang tak operate Taska @ Tadika), jadi maybe aku tak tahu syarat-syarat yang kementerian tetapkan dalam mengendalikan subjek-subjek untuk semua murid. Aku hanyalah seorang ibu yang mempunyai anak kecil dan telah pun diberikan pendidikan seawal usia dan alhamdulillah, anak-anakku berjaya mengenalpasti perkataan dan "membaca" seawal 1 tahun (anak pertama) dan 5 bulan (anak kedua). In fact, aku sangat percaya yang ALL BABIES ARE GENIUS! Pendapat peribadi aku - KENAPA KITA NAK LIMITKAN PEMIKIRAN ANAK KITA DENGAN HANYA MEMBENARKAAN MEREKA TENGOK FONT YANG SAMA DAN CUMA WARNA HITAM & PUTIH?  

Bukankah bagus jika anak kita dapat melihat KEPELBAGAIAN dalam sesuatu perkataan dan boleh menyebut kesemua perkataan tersebut tidak kira apa pun saiznya, apa pun warnanya, dan apa pun fontnya? Seperti contoh : fishfishFISH dan Fish. Ia masih mempunyai maksud yang sama walaupun font, warna, dan saiznya berbeza bukan?  Itulah KEPELBAGAIAN yang aku maksudkan. Anak kita boleh menyebut kesemuanya kerana ia adalah perkataan yang sama! Sedihnya kalau anak kita tidak dapat menyebut FISH berbanding fish hanya kerana kita TIDAK MEMBERI PELUANG pada anak kita melihat perkataan tersebut! Tidak hairanlah jika anak kita ketinggalan berbanding dengan anak orang lain! Kita yang SEMPITKAN pemikiran kita sendiri, dan mengajak anak dan bayi kita yang GENIUS tuh bersama-sama! Goshh... sedihnya!

Aku tidak pasti samada hanya Tabika KEMAS di bawah kerajaan sahaja yang begitu, atau semua Tadika dan Taska Swasta juga bergitu. I have no idea sebab aku belum hantar Qarissa ke Tadika @ Taska lagi. Mungkin ibu bapa yang dah ada anak yang ke Tadika atau Taska boleh ulas isu ini. Tapi pada aku, tak kira Tadika@ Taska kerajaan mahupun swasta mestilah memberi peluang seluas-luasnya pada bayi dan kanak-kanak ni meneroka potensi mereka sejauh yang boleh. Jangan limitkan pemikiran anak kita. Aku yakin dengan adanya bantuan dan guideline  dan cikgu yang bertauliah, anak kita pun boleh setanding dengan mereka di luar negara!. Tak semua orang mampu nak hantar anak ke Tadika Swasta sebab kos nya tinggi, jadi Tadika @ Taska Kerajaan kenalah juga ubah subjek atau cara pendekatan mengajar bayi dan kanak-kanak. kalau cara lama tuh dah lapuk sangat, tukarlah ikut arus terkini. Kesian budak-budak tuh..:(

Mengajar bayi? Hmm..rasanya masih belum ada lagi mana-mana centre yang declare that they can teach baby on daily basis. Seminggu sekali mungkin ada like Shichida Method atau Tweedle Wink. Kebanyakannya aktiviti @ playskool untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, itupun tak semua Taska yang buat. Sebab tuh, kita sebagai ibu bapa, kena jugak amik tahu, apa aktiviti atau stimulasi yang boleh kita lakukan dirumah untuk bayi kita. Kita tak boleh nak harapkan orang lain! Kita yang bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal & mental anak kita dan bukan  cikgu! Itulah yang selalu aku tekankan dalam Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang aku kendalikan di Genius Baby On Board. 

Bercakap tentang Seminar, di sini aku nak mengajak ibu bapa, wanita mengandung atau ibu yang dah ada anak berderet tapi masih lagi nak tahu tentang Early Childhood untuk sama-sama mendaftarkan diri ke Seminar yang bakal dianjurkan oleh Genius Baby On Board pada bulan Januari nanti. Macam-macam maklumat yang akan uols perolehi dalam tempoh 4 jam (atau mungkin lebih bergantung pada sessi diskusi) tentang kepentingan ECE dan kaitannya dengan perkembangan otak bayi. Its very important for us to know why we must start early and as soon as the baby born!. Berikut adalah maklumat tentang seminar ini.:

Informasi Seminar

Dan pihak Genius Baby On Board juga membuat promosi-promosi berikut. 





Harap maklum bahawa seminar yang bakal di adakan ini adalah seminar tertutup dan terbuka untuk 10 orang pertama yang mendaftar sahaja. :) Anda di alu-alukan untuk membawa anak ke Seminar ini. Dan pihak Genius Baby juga mempunyai kawasan khas iaitu Kidz Zone untuk anak anda bermain. :) Selain itu, kami juga menyediakan persekitaran stimulasi dan mesra keluarga. So, marilah sama-sama memeriahkan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini supaya kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita dan bukan setakat menjadi "pengikut" kepada apa yang telah di setkan berkurun dahulu.. :(

post signature


post signature

Tuesday, December 28, 2010

Preview Session @ GBOB:How to Generate Millions With Your Own Products?

Ok, seperti yang aku beritahu dalam entry sebelum ni, iaitu Bagaimana Menjana RM 1 Juta With Our Own Product @ Svcs?, aku kata nak kongsi info on how we can market our produk secara offline kan? Terdapat banyak cara kita boleh memasarkan produk kita secara offline mahupun online. Terpulang pada kita nak guna kaedah mana satu yang sesuai dengan apa yang kita tawarkan. Persoalannya bagaimana untuk memasarkan produk kita dengan lebih baik? Meh kita tgk analisis yang sempat aku fikirkan - serba sedikit cara-cara nak memasarkan produk kita nih:


Beli iklan di majalah & suratkhabar. 
  • Kalau kita nih kaya, banyak duit atau ada funder yg tak kisah nak berhabis ratusan ribu macam Dr Rozmey tuh, bolehlah kita ikuti langkah beliau. Tak perlu wartawan buat write up., tak perlu pelakon datang promote. Sendiri beli iklan, sendiri tulis, sendiri datang sign poster. Tapi, kalau bisnes baru nak naik, memang susah nak tepikan budget utk buat iklan di majalah. Its not cheap wei.. baru jer aku "rasa" nih, kan Kay, kan Lyna, kan Nini ..:)
 Flyers/ Brochures
  • Memasukkan flyers & banners ke kotak-kotak peti surat rumah mempunyai 3 kemungkinan. Samada terus di bakulsampah kan, di baca kemudian di buang @ di simpan (bergantung pd produk apa yg kita tawarkan, sama ada pelanggan nak atau tidak pd ketika itu) atau langsung tak sempat dibaca kerana flyers dah lencun kena hujan. Sometimes bila banyak sgt iklan kat dalam peti surat, nak nak hari hujan, potensi pelanggan membaca flyers atau brochure kita sgtlah sedikit. Tetapi, melalui brochures & flyers juga, kita boleh capture perhatian pelanggan tentang produk kita, tak lah nampak cikai sgt kan, brochure pun takder nk tunjuk pada client. Hu hu ..
Sertai Roadshow @ Exhibition Berkaitan
  • Medium ini juga sesuatu yg baik untuk memperkenalkan produk ini pada masyarakat awam. Kos Roadshow bukanlah murah, tetapi ia dapat memberi impressi yang baik kepada pelanggan yang datang ke Roadshow tersebut. Bergantung kepada jenis roadshow, kita boleh jadi untung dan boleh jadi rugi apabila membeli booth. Jadi pastikan roadhsow yang hendak disertai itu adalah roadshow yang dapat menghasilkan pulangan pada kita. 
Buat Billboard yang power dan menarik perhatian. 
  • Rasanya satu Malaysia masih ingat yang satu jejaka melamar wanita idamannya di hari Valentine melalui Billboard. Hmm..belum kawin dah puluh-puluh ribu habis oo..memang respek kat mamat tuh, kalau ai pun teruslah kata "I do" kan! Hahhaha... Billboard juga suatu kaedah pemasaran offline yang sering digunakan, tetapi harganya mahal dan tidak meluas.Kalau nak beli Billboard di kawasan hotspot, harganya mak aiii..boleh beli rumah kekdahnya! :)  
Product Consignment 
  • Untuk mereka yang ada produk fizikal, bolehlah gunakan cara ini tetapi personally aku tak berapa galakkan sebab risikonya ada. Sekiranya syarikat yang korang nak buat Consigment ni dah establish, atau uols kenal tuan punya kedai, maka bolehlah diletakkan produk uols secara consigment. Consigment ni maksudnya, korang letak jer produk tuh dulu, company tuh hanya akan buat pembayaran produk sekiranya ada pembeli yang membeli produk tersebut. tetapi sekiranya uols tak kenal syarikat tuh sangat, owner dia pun uols tak berapa kenal, setakat kenal gitu-gitu jer, aku personally rasa jangan lah. Kang hilang barang korang sesia jer beb, unless uols sanggup tanggung risiko tuh, then shud be ok. yerlah, meniaga mana boleh takder risiko kan. Tapi kalau boleh kita minimumkan risiko, kan lebih baik?
Lantik dealer @ Networker di setiap kawasan @ daerah. 
  • Cara ni juga selalu di lakukan & in fact, inilah cara yang paling mudah untuk kita pasarkan produk kita. Ni lah juga yang di namakan Affiliate tapi sebab dia dilakukan secara manual, selalu orang tak guna term Affiliate tuh, dorang guna perkataan dealer @ agen @ stokis  @ wakil. Semuanya memberi maksud yang sama. Cara ini rasanya lebih murah dan berkesan. Kita ada pengedar sendiri, they buy by bulk dan kita tak yah pening2 coz bila dah jual, biasanya peniaga tak boleh  pulangkan produk semula. So, just imagine korang ada wakil di seluruh pelusuk dunia (bukan Malaysia jer yer..) menggunakan sistem Affiliate dan Business Page yg mengandungi 50 Intelligence Mktg Tools behind it. Menarik kan. tak perlu jumpa our Affiliate, cuma perlu bayar mereka sahaja setiap hujung bulan apabila mereka berjaya menjual produk anda. Its a win-win situation. A very fair deal kan? Hmm..itulah yang ditawarkan oleh OleWorld, syarikat milik Dr radha Krishna yang aku terangkan dalam entry sebelum ni. 
Ok, itulah sebahagian antara pemasaran offline yang boleh dilakukan. Kalau kita cerita dari segi online, pun ada banyak. Antaranya:

Buat Iklan @ Website Popular 
  • Kita boleh membeli iklan di laman-laman web rasmi atau peribadi yang menawarkan kotak iklan untuk disewa. Selalunya kotak-kotak iklan ini harganya lebih murah berbanding dengan pemasaran offline seperti di suratkhabar atau majalah. Bergantung kepada tahap populariti sesuatu website itu, makin popular laman web tersebut, makin tinggilah harga iklannya. Dari segi rekabentuk iklan pula, ada pemilik laman web memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma dan ada juga yang berbayar. Harganya pula bergantung kepada saiz iklan. 
Aktifkan Diri di Forum. 
  • Terdapat pelbagai forum yang ada di internet. Anda boleh memilih forum yang berkaitan dengan produk yang anda jual dan jadilah ahli yang aktif. kebanyakan forum sekarang adalah forum yang berbayar sekiranya anda ingin mengiklankan produk anda. Persaingan untuk produk-produk fizikal di laaman forum selalunya sangat sengit antara satu sama lain sekiranya anda menjual produk yang hampir sama. 
Bina laman web @ laman perniagaan* 
  • Untuk lebih rasmi, anda digalakkan untuk membina laman web syarikat atau produk anda menggunakan domain anda sendiri. Jangan gunakan laman web percuma atau dalam erti kata lain - menumpang website orang. Nampak tak pro dan anda tak serius dalam perniagaan. Nak meniaga tapi nak kuar modal buat laman web pun kedekut ker? Hu hu .. Kalau anda pandai design sendiri website, bolehlah design tapi kalau tak pandai, boleh hire orang designkan laman web for u . Kalau anda tiada laman web yang rasmi, bolehlah jadi ahli Premium untuk OleWorld dan dapatkan laman web perniagaan anda sendiri. :)

Dapatkan emel pelanggan melalui mailing list. 
  • Bila customer masuk laman web kita, ada page yang khas untuk mereka join our mailing list, jadi apa maklumat terbaru yang kita nak sampaikan atau sebarang promosi produk dapat dilakukan segera. 

Gunakan Social Media seperti Facebook, Twitter , My Space & You Tube & Yang sewaktu dengannya.*
  • Social Media merupakan platfrom yang paling mudah untuk kita berinteraksi dengan pelanggan. Terdapat berpuluh ribu, ratusan ribu malah berjuta pelanggan sedang menanti kita, Jika betul caranya, kita boleh manjana wang melalui Social Media ini, and it is a very huge amount of money we're talking about, malah, ia akan berterusan kerana hubungan baik yang dibina dengan pelanggan. But how to use the Social Media as our marketing platfrom based? 
Well, uols nampak kan  tanda * yang i letak di atas nih untuk certain2 point. Itulah yang akan di fokuskan sekiranya anda menjadi Premium User di OleWorld ini. Apa & Siapakah OleWorld?

OleWorld merupakan satu syarikat yang memfokuskan tentang hal-hal online marketing. Ia menyediakan satu platform untuk mereka yang berminat menjana jualan melalui Business Page yang mengandungi 50 Intelligent Marketing Tools tersembunyi di belakang page tersebut. Apa yang menarik, anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar apabila menjadi ahli OleWorld. Satu sahaja yang anda perlukan - pandai menggunakan komputer secara asas. OleWorld menyediakan template perniagaan untuk anda menjual produk anda (anda hanya perlu isi tempat kosong yang diminta dan klik next sahaja sampailah siap) dan bukan itu sahaja, anda akan diajar tentang asas-asas ini: Social Media Marketing, Fusion Marketing & Video Marketing dalam memasarkan produk-produk anda. OleWorld pakar dalam bidang ini dan melalui latihan yang diadakan apabila anda menjadi Premium User, anda mampu menghasilkan jualan yang lebih banyak. Selain itu, OleWorld juga akan bertindak menjadi penasihat on how  u can double & triple your income, dan apabila pendapatan anda mencecah amount tertentu, consultation akan diberikan on how you can make a passive income from it. Then, we duplicate the same process all over again sehinggalah kita berjaya mencapai RM 1 juta yang di idamkan. :) Its a long process, but we try to shorten the time. How? Hmmm.. that want u have to come & listen to the preview presentation yang akan diberikan oleh Doktor Radha Krishnan. You boleh tanya banyak soalan pada dia on the day ..:)

Bila PREVIEW akan dilakukan? Dimana? PREVIEW ni FREE ker berbayar? Hmmmm.. All the details are below: 


Tarikh: 2 Januari 2010 (Ahad) 
Masa: 2 pm - 4 pm (atau lebih bergantung pada soalan yg bakal di tanya) 
Tempat: Genius Baby On Board , 47-2, Jalan  Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, 41050, Puchong, Sgor 
Bayaran: PERCUMA

Call Watie @  016 203334 untuk menempah tempat anda. 

Jadi, sekiranya anda merasakan inilah masanya untuk anda bertindak, keluar dari kepompong kebiasaan yang anda lakukan dalam melakukan pemasaran terhadap produk anda, this is THE BEST TIME TO ACT!. Personally, saya sangat menggalakkan kawan-kawan semua datang, sebab Program ni memang unik dan boleh dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.Lepas dapat tahu dan pergi training nih, I called few of my friends & tell them about this. Semuanya sangat berminat dan tak sabar nak datang. Kebanyakkan usahawan internet, WAHM, SAHM dan ada juga jutawan yang bakal datang yer.  In fact, one of my friend bgtau I, dia kata dia ada pernah dengar this kind of program, similar  jugak katanya, tapi company nih ada their own produk semua, dan siapa yang join perlu hadir kursus 3 hari 2 malam, dapat produk dan sebagainya & how much it cost? RM 3000! My friend kata terbantut dia nak pergi sebab belum mampu lagi. Bila I bagitahu harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan perkhidmatan OleWorld - Business Page with 50 Intelligence Marketing Tools punya harga, she was so excited sebab dia pun tak sangka its very affordable! .

Now, let me be frank & reveal the price. Jadi, sebelum anda decide nak datang, u have something in your mind already. This is a real business & sorry to say I dont have to con here & there, cover sana sini takmo bgtau apa business. Waste time kan ..:) Pada Watie senang jer, I tell you the opportunity, the program so that u akan clear,  I've done my part & its up to u to decide. Opportunity knocks once - U nak, U amik, kalau takmo pun takpe, coz I don't loose anything, I'm happy to tell u coz I've done my part as a friend. :)

Anda boleh menyertai OleWorld secara PERCUMA @ BERBAYAR . Apabila BERBAYAR, anda akan menjadi PREMIUM USER dan akan mempunyai Business Page Anda sendiri (with all the Intelligence Mktg Tools built inside your page).Berapa harga yang perlu anda bayar?

SETAHUN cuma USD 95 sahaja atau dalam RM cuma RM 332.50 ( lock @ 3.5) 

* ini bermakna anda cuma perlu membayar ~ 0.91 sen sahaja sehari !

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghadiri latihan di OleWorld sepertimana yang saya terangkan di atas, dan semuanya dalah berkenaan dengan your own produk. Jadi, apa sahaja yang bakal diajar, anda mesti relatekan balik dengan produk anda. :) 

Not only that, from Ole World juga, anda boleh menjana wang! How? Ada 3 cara anda boleh menjana wang dari Ole World. :)

But, saja aku takmo citer dulu, sebab dah panjang sangat entry nih. Insya Allah di lain masa, aku akan buat entry atau kalau nak tau dengan segera, I suggestkan uols datang dengar preview OleWorld di Genius Baby On Board pada 2 Januari 2011 ini. Ia PASTI merubah pandangan anda! Buat masa sekarang, why not anda semua join FanPage OleWorld di FaceBook?  Klik gambar di bawah untuk ke FanPage OleWorld. 




Sekiranya anda rasa artikel ini dan ini berguna untuk keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai perniagaan online, offline tidak kira besar, kecil atau sederhana, di pasar malam, di tepi jalan atau di mana sahaja, kongsikan artikel ini dengan mereka. Ia mungkin berguna dan mereka pasti akan berterima kasih dengan anda atas perkongsian ini.  Anda boleh klik logo printer dibawah untuk mencetak atau kongsikannya di FaceBook anda. Heartiest thanks from me .:) 

Bersama Membantu Menaikkan Produk Kawan-Kawan, 

Friday, December 24, 2010

Karnival 1Nita Yang Penuh Inspirasi!

Alhamdulillah, sesungguhnya, kami adalah orang-orang yang bertuah! Semuanya bermula pada satu petang Isnin yang lepas. Sedang aku sibuk menyiapkan barang-barang Learn By Art yang ingin di bawa ke Karnival Upin & Ipin, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari my partner - Kay memberitahu tentang Karnival 1Nita @ KLCC Convention Centre. Kay ajak aku join sama Karnival 1Nita ni. Dia pun dapat last minute info hari yang sama, baru dapat all the details. Aku pun semangat lah nak join sekali. Aku tanya bila. Dan Kay kata - "Malam ni pukul 8 kena setup booth!" Terkejut beruk aku dibuatnya! Ha? Malam  nih? Sekarang dah pukul 5 wei! Hapa pun tak siap nih! Mak aiii.. memang teruslah aku jadi sotong kurita. Nasib  baik gak lah aku memang tgh punggah2 barang utk Karnival Upin & Ipin, sekaligus lah aku kemas barang untuk Karnival 1Nita pulak.. Again .. nasib baik jugalah brochure Playgroup dah siap print, tinggal bawak jer. Cuma aku print informasi pasal GBOB dan Event yg bakal diadakan sepanjang December & Januari. pergh..Memang mencabar sungguh but I love it! Sesungguhnya, aku tak menyesal malah mensyukuri peluang yang datang ini. :)


Memang hebat Karnival ni. Bukan calang-calang!
Our Booth @ Number 17. Lucky number tau!

My main intention ke Karnival tuh bukanlah for sales, tetapi lebih pada memperkenalkan Genius Baby On Board & Wisma Bling Lustre pada masyarakat. Supaya kewujudan kami ini disedari dan apa yang kami lakukan mendapat sokongan dan perhatian mereka yang berkenaan. Karnival ini anjuran .MY Domain Registry dan mendapat sokongan kerajaan serta Kementerian. MOSTI, MY Ideas dan banyak lagi. :) Ia  dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Secara jujurnya aku bgtau, I really have NO IDEA AT ALL apa sebenarnya Karnival ni, yang aku tau, ia untuk usahawan Wanita, best sebab buat kat KLCC Convention Centre!

Me yang gedik di hari pertama. Siap pakai baju ala-ala Wanita Lindungan Kaa'bah tau! (bak kata Sheila Rusly kot!) 
Rak VCD GBOB

Sebab tuh lah aku bersyukur sangat dapat menyertai Karnival 1Nita nih, sebab di sinilah platform yang me & partner cari-cari selama nih. Barulah aku tau apa itu 1Nita, apakah visi, misi serta objektif mereka. Apa yang mereka lakukan untuk membantu golongan wanita, tak kisahlah ibu tunggal ker, ibu tinggal ker, wanita muda ker atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan internet dari 0! Pelbagai latar belakang yang menyertai 1Nita ni. Aku bersyukur juga, kerana apabila dah tahu pasal nih, bolehlah aku kongsikan di blog GBOB dan blog peribadi Genius Qarissa supaya sesiapa sahaja yang singgah atau terjumpa this blog dapat manfaat dari apa yang aku kongsikan. :) 

Shaklee Display
Baju Playgroup @ GBOB

Di hari kedua Karnival, sementara menunggu Jutawan Muda yang kacak lagi hensem bergaya serta chumel orangnya - Irfan Khairi  berucap dan memberikan Seminar tentang Perniagaan Internet, sempat juga aku mendengar sendiri ucapan dari Ketua Pleatih1Nita - Datin Norizan Abdul Razak tentang apa yang 1Nita cuba lakukan. Memang berbaloi rasanya aku meninggalkan booth kami dan minta tolong jiran depan tengok-tengokkan booth sebab memang teringin sangat nak dengar Irfan Khairi kongsikan. Bukan senang nak dapat PELUANG PERCUMA ni. Kenalah manfaatkan sebaik mungkin. dan yang best, lehh kongsi2 maklumat ..:) 

Datin Seri Rosmah sudah sampai! 
Salammmmm
Keretanya...

Ok geng, secara ringkasnya, 1Nita nih menyediakan platform untuk sesiapa sahaja yang berminat melakukan perniagaan internet. Tak kisah latar belakang anda. Sila letakkan segala mak-bapak diploma, ijazah, master mahupun PHD yang anda anda untuk menyertai 1Nita ini (ni aku yg cakap bukan Ketua Pelatih tuh ..wakakka.. Datin Norizan tuh baik tau ..lembut and so motherly ...i likeee...) sebab dalam 1Nita, terdapat pelbagai latar belakang yang berbeza. dari orang yg tak pernah pegang komputer, tak tahu apa tuh mouse (dengar org sebut mouse bawah meja, dia lari sebab ingat mouse betul..hahaha.. ni Ketua Pelatih tuh cakap..) sampailah ke peserta yang lebih pandai dari cikgu yang mengajar tuh sendiri. :) Jadi, they cater all.:)



Anak-anakku yg glamer dua hari walaupun tak datang.. ekeeke
Brillkids display

Apa yang mereka lakukan adalah mengadakan bengkel secara PERCUMA kepada mereka yang berminat. Bengkel ini akan diadakan selama 3 hari. Kalau di KL, Selangor dan Melaka, ia di adakan di UKM Bangi. At the end of the 3 days, peserta akan mendapat satu domain sendiri yang berakhir dengan .my dan satu laman web perniagaan secara PERCUMA untuk tahun pertama. Bukan itu sahaja, peserta juga akan jadi ahli 1nita dan akan di didik secara berterusan oleh pasukan-pasukan dan pakar runding dr UKM. Memang hebat sebab mereka berkoloborasi dengan universiti tempatan. Banyak lagi yang mereka lakukan dan kengkawan boleh rujuk di laman web 1nita di www.1nita.my.

Ramai oooo... ni baru separuh gambar depan..
Melihat Datin Seri Rosmah menuju ke kerusi VIP

Watie menggalakkan sangat kawan-kawan mendaftar di laman web tersebut. Jadi apabila ada informasi dan maklumat terkini, kita akan dapat tahu. Bagi sesiapa yang nak register perniagaan mereka pun boleh. :) Rasanya tahun depan mereka akan mengadakan bengkel sekali lagi di UKM. Insya Allah Watie nak join juga. Kengkawan nak join sama tak? Mehlah sesama kita join untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita juga.:) Walaupun Watie dah tahu serba sedikit pasal perniagaan internet, tapi Watie tetap berhasrat nak pergi kalau ada peluang sebab bukan mudah kita nak dapat semua nih :) Sebab utama: SEBAB KITA TAK TAHU ADANYA PROGRAM SEPERTI INI YANG DISEDIAKAN KERAJAAN UNTUK KITA.Secara PERCUMA lagi. Mengenali mereka yang hebat2 di Karnival 1Nita itu sememangnya membuka mata dan minda! Watie dapat banyak kawan baru tau! :) 

Hasil board Playgroup GBOB yg disiapkan pada pukul 4.30 am !
Product learn By Art

Jadi, pada kawan-kawan, step pertama adalah MENDAFTAR diri di laman web tersebut okeh! :) Mari kita sama-sama menaikkan bangsa :) Bangsa Malaysia! Dan membuktikan yang WANITA JUGA BOLEH MAJU SETANDING DENGAN LELAKI MALAH LEBIH LAGI! Ewahhh.. :) 

Product Nursing Kurung dr Bling Buubies

Sememangnya, misi kami - Genius Baby On Board, Scriptory BoxBling Buubies dan My Shaklee Store tercapai sepanjang 2 hari di Karnival tersebut. Kami bertemu dengan banyak persatuan dan NGO yang ada kaitan dengan kerajaan dan sangat-sangat berminat dengan apa yang syarikat kami lakukan dan berminat pula untuk mengetengahkan konsep kami kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan. Mereka sangat inspired with what we are doing currently, our future target dan seronok melihat kesungguhan kami. :) Bila mereka tahu me & Lyna ada special baby & toddlers, mereka lebih teruja.:) Sesungguhnya, Allah telah menunjukkan kekuasaan-Nya kan. Ada hikmahnya me bertemu Lyna secara online bila berblogging, jumpa di gathering, dapat tahu anak Lyna is a special baby after we met, then me mengandung lagi, pastu anak me pulak is a special baby, then kita jadi business partner with Kay and now, di sinilah kami berada. Cantik sungguh apa yang Allah telah rancangkan. Semoga persahabatan da jalinan ini berkekalan, Insya Allah ..:) 

Insya Allah, nanti Watie kongsikan lagi pasal Karnival 1Nita ni yer. Banyak sangat maklumat, kena pecah-pecah few entry. :) Watie pun nak bersiap ke Karnival Upin & Ipin jadi tak boleh lama-lama nak ngadap Lappy ..:) Kita jumpa di entry yang lain okei! 



post signature


Bersyukur Atas Kurniaan-Nya,
post signature

Thursday, December 23, 2010

GBOB @ Karnival Upin & Ipin di SACC Convention Centre

Selepas Karnival 1Nita @ KLCC Concention Centre, pihak Genius Baby On Board akan berkampung selama 5 hari di Karnival Upin & Ipin pula. Bermula hari Jumaat - Selasa hadapan, kami akan berada di Shah Alam sempena Karnival ini, yang mendapat liputan meluas dari TV9 selaku media rasmi. 

Selain menjual produk Brillkids, kami juga akan menyediakan satu kawasan untuk anak anda membuat aktiviti Learn By Art. Kami akan melakukan beberapa aktivti seperti Sand Art, Beady Doh & Craft Doh For Kids. Anak anda boleh membuat pembelian Sand Art dengan harga RM 4 @ RM 8 sahaja, dan mula explore warna-warna yang cantik dan menarik. Bukan itu sahaja, dengan hanya RM 10, anak anda akan dapat membuat kraftangan menggunakan Beady Doh &  CraftDoh4Kids. Mereka boleh merekabentuk bingkai gambar sendiri!.Jangan lupa bawak gambar sekali kalau nak terus masukkan dalam bingkai yer!

Berikut adalah maklumat tentang Karnival tersebut. 

Tarikh - 24-28 Disember 2010
Hari: Jumaat- Selasa
Tempat : SACC Convention Centre 
Waktu: 10 am - 8 pm

Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan uols dan anak-anak. Jangan lupa tegur Watie kalau terserempak saya di sana yer! 


Meh datang kengkawan!


post signature

post signature

Sekitar Shooting Pa&Ma @ GBOB & SB


Hari Rabu yang minggu lepas merupakan satu hari yang sibuk tetapi menyeronokkan bagi  Genius Baby On Board. Ini merupakan kali pertama pihak kami berkoloborasi dengan pihak Scriptory BoxBling BuubiesMy Shaklee Store dan Butik Adrinis untuk siaran iklan bulan Februari @ Pa & Ma. Excited jugak sebab pengambaran akan dilakukan di GBOB & SB.

Getting ready to shoot @ GBOB

Getting ready to shoot @ Scriptory Box

Pepagi kul 7am lagi aku dah tercatuk kat opis. Aku htr hubby ke opis dan kemudian terus ke ofis. Seronok gak sekali sekala kuar awal yerk. Heheeh.. Dah nak dekat 3 tahun jarang kuar awal kekdahnya, tu yg teruja. Ekekek..Nyaman jer rasa jalan tak jem wei!

Raudah a.k.a Ummi Salsabila selaku model tervogue pada hari tersebut. Curlass ko nyahhh!






Team Pa & Ma dtg dlm pukul 10 am. Sementara menunggu, aku buat ah kerja2 yg tertangguh tu. Tak lama pastu, semua model2 utk baju Adrinis dan duta pemenang Bling Buubies pun sampai. Cun-cun semua wei.. Baik mak org baik anak dara. Vast koooo.. Dorang berstesen di GBOB utk tukar baju dan mekap sebelum turun ke SB to shoot.

Hahahaa.. Owner Adrinis yang dah tukar kerjaya jadi babysitter pada modelnya! 
 Dari luar, terus masuk ke seminar area.. ahaks ..anak model nak mak dia gak! nak nenen katanya ..:)
 Wah ..bergaya betul Odah dengan baju Adrinis. Kasut yg "mahal" tuh ..ekekeke.. matching kan?

Lepas shoot kat SB, naik atas shoot kat GBOB pulak. Aku tumpang tgk dan dgn poyonya ajar bergaya kat model. Macamlah bagus sgt aku nih nak jadi model kan. Model pencen tak laku gamaknya.. siap bagi pinjam kasut kat model, kebetulan ada kasut yg baru dan belum pakai mmg aku simpan kat opis (tak tahu apa motip simpan kasut dalam almari kat opis.. Hhahaha..) Wakakkaka..Sempat gak aku shooting gambar produk Brillkids untuk dimasukkan dalam iklan 2 Majalah Pa & Ma tuh nanti. Korang semua jangan lupa beli Majalah Edisi Februari 2011 okeh!

Produk Brillkids yang diambil oleh aku sendiri, sebab tu tak cun! hhahah.. kalau camera mahal abang photographer P & Ma .. mesti cantik ..ahaks!

Pastu lama we all berborak ngan kak Ita dan Kak Mashita yg masing2 dari majalah Pa&Ma dan Nur. Baik sgt dorang tau. Very supportive towards new company like us. Bagi idea on how to market our product & service using their platform.

 U.S membetulkan posisi. Lawanyaaa.. kasut! (Kata U.S di dalam  hati...) Ekekekeke...
Posing tak tahaaannnn dari US.. santek kan..?

Sempat la aku berkongsi idea dgn Kak Ita pasal perancangan GBOB dan MySuperkids nak mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa yg mempunyai anak istimewa tak kisahlah dari segi fizikal atau mental sebagai akviti bulanan sebagai salah satu cara untuk kami berkhidmat pada masyarakat.  Kami nak jadikan aktiviti ni 1 bulan sekali atau 2 kali bergantung pada kesibukan peserta. We need the public to support us by giving this information to the public terutamanya mereka yang tak pandai berinternet dan tak tahu wujudnya a small but effective support group untuk memberikan semangat dan motivasi pada mereka. sapa yang akan bg motivasi dan support tuh? IBU KEPADA ANAK-ANAK ISTIMEWA @ CACAT  ni lah yang akan bg motivasi. Me & Lyna. Sebabnya mudah. Kita yang ada anak istimewa tuh, kita lebih paham perasaan mereka. Orang luar mungkin boleh cakap dan bg semangat dengan cara yang macam mana sekalipun, tapi mereka tak mengalaminya sendiri kan? Jadi, me & Lyna personally rasa inilah tanggungjawab yang patut kami lakukan untuk masyarakat di luar sana. Sebab tuh kami nak kengkawan blogger kami support kami dengan memberikan maklumat pada sesiapa yang uols kenal, tak kesah saudara atau kawan-kawan tentang apa yang bakal kami lakukan tahun hadapan. :) Boleh kan geng?

Kak Ita & Kak Mashita yg sangat best dan baik hati..
 Duta Bling Buubies bersiap sedia untuk sessi pengambaran

You know what friends? Aku menulis entry ni SELEPAS habis Karnival 1nita ,entry terlambat namanya ..hu hu ..but I learn a lot this 2 days. I met macam2 orang yang semuanya baik-baik sahaja. Ia membuatkan me & Lyna semakin bersemangat nak buat this public servis as our monthly agenda. Kenapa??? Nanti aku ceritakan dalam entry yang lain ok ..:) Ia sememangnya membuka minda & I really feel the urgency to do this! In the meantime.. korang layan dulu gambar2 sekitar shooting nih okeh!

US dengan Adam @ SB:) Banyak baju dorang kena pakai..
Inilah duta Bling Buubies 2011 - Harlinda:) Congrates dear ..macam2 baju dia tukar hari tuh! Vasttt!

post signature



Great, Great, Great!!!
post signature