Anak kita sememangnya "species" yang sangat detail tanpa kita sedari. Perkara yang kecil bagi kita mungkin sesuatu yang "besar" bagi mereka. Kerana itulah sangat penting untuk kita memberikan perhatian kepada anak kita setiap kali mereka cuba menyampaikan sesuatu, terutamanya bagi anak yang masih belum petah berkata-kata.
Saya percaya anda semua pernah mengalami situasi di mana apabila anak cuba menyampaikan sesuatu dan kita tidak memahaminya. Tension kan! Kesian pun ada apabila anak kita berulangkali menyebut perkataan yang sama tetapi kita tidak memahaminya. Well, aku pun selalu jugak mengahadapi situasi macam ni. Lebih-lebih lagi apabila anak kita didedahkan dengan cerita-cerita luar negara yang "accent" nya sungguhlah power! hehhe..Mau tergeliat lidah kita nak menyebutnya tapi anak kita? Hmm..Sap sap soi! Bak kata orang cina. :) Senang jer dia nak tiru sebutir-sebutir apa yang dia dengar, Silap-silap dia cakap bahasa Sepanyol macam cerita Dora .. (bahasa Sepanyol kan tuh? Hhaha.. Aku pun tak pasti ...) dan kita terkebil-kebil tak paham apa yang anak kita cakap..:)
Sebab itulah penting untuk kita luangkan masa menonton bersama anak kita. Saya selalu tekankan betapa pentingnya kita menghabiskan masa berkualiti dengan anak. Bila ada masa terluang, cuba selami dunia mereka dengan menonton cerita-cerita kegemaran anak tetapi pastikan anak kita tengok DVD @ VCD Education yer! Bukan cerita-cerita kartun yang tak mendatangkan faedah tu.. kena pandai pilih ..:)
Tips untuk kita cepat faham apa yang anak cuba nak sampaikan adalah mendengar dan melihat apa yang sedang dipegang, dilihat atau dibaca oleh anak kita dan cuba kaitkan dengan apa yang dia cuba cakapkan. Walaupun kadang-kadang macam tak logik, but we will be suprised when we finally find the answer. It happened to me few times and I managed to discover it. Selalunya, aku dapati apa yang cuba disampaikan oleh Qarissa adalah apa yang dia lihat dan apa yang dia tengok serta nampak. Contohnya, its' a very small tiny things dalam buku yang mana kita takkan perasan anak kita sedang berbicara tentang benda tersebut, but when we see closely, barulah kita akan nampak dan tau sebenarnya anak kita tangah cakap pasal benda dalam buku. Mungkin kerana anak kita masih pelat, atau kerana "accent" dia yang kita tak faham, but when we see closely, kita akan nampak.
Leka tgk VCD Charlie & Lola yg Mummy jual
Dalam video di bawah, adalah saat di mana Qarissa dengan penuh semangat memegang VCD Charlie & Lola. This VCD is so good especially accent English dia yang sangat jelas sebutannya. British style aku rasa. Qarissa memang sangat addicted dengan Charlie & Lola sekarang (sampai accent-accent pun dia ikut sekali, tu yg jadi ODOR instead of OTHER tuh ..hahahah) dan kartun nih memang sangat creative dalam mengajar kanak-kanak. Highly recommended untuk di tayang pada anak-anak uols. Kalau dilihat, Qarissa cuba menyampaikan sesuatu pada aku, she keep on saying Xylophone, tapi aku tak berapa dengar pada mulanya. Time tuh aku terfikir jugak, kenapa Q sebut Xylophone, coz I cant see any, aku tak perasan, but when she keep saying that word, aku pun jenguklah ke VCD tuh punya cover, barulah aku perasan yang Lola tengah pegang that Xylaphone & Q nampak & try to tell me that there is Xylaphone on the VCD!. Hmmm..memanglah our kids ni sangat detail tanpa kita sedari.
Let us flash back yer. Kita selalu amik mudah dengan anak kita kan? Takper lah, anak kita kecil lagi, dia bukan paham apa pun, biarlah dia main-main jer, tak yah lah hover-hover nak ajar anak kita nih ha .. Tapi kita sedar tak yang usia emas "3 tahun pertama" tuh takkan datang lagi? Betapa ruginya kita kerana tidak memberikan segalanya yang ingin kita ingin kan pada anak kita (pandai, bijak, cepat baca, cepat kira, cepat tulis ..) dalam tempoh ini sedangkan masa inilah paling mudah untuk kita bagi segalanya! Rasanya ramai ibu bapa yang agree dengan apa yang aku katakan, especially mana yang datang seminar @ dapatkan consultation from me, mereka sendiri akui lebih senang ajar baby dari ajar budak!
Anak kita sangat detail, tapi kita pandang rendah kebolehan dia. Kita ingat dia tak faham apa-apa sebab dia kecil lagi. Thats y kita berani buat apa saja depan dia tanpa rasa bersalah. Nak gaduh laki bini, nak maki sana sini, kita main lepas jer depan anak apa yang kita nak buat. Jangan terkejut kalau secara tiba-tiba satu hari anak kita akan cakap "sebijik" macam apa yang kita cakap. As I said, Our Kids Is A Very Detail Species! Aku ingatkan diri sendiri jugak, yang sometimes kalau tgh sedap berborak depan member2 tuh, ikut suka aku jer nak cakap apa pun. Hhehhe.. But in front of my kids, aku cuba sedaya upaya untuk kawal supaya ayat-ayat molek tak terkeluar dari mulut. Memang sukar kita nak kawal terutamanya apabila anak mula bersekolah, bercampur dengan macam-macam kawan yang mempunyai macam-macam latar belakang, tetapi sekurang-kurangnya masa tuh anak kita dah shift ke left brain, logic thinking dan bila kita nasihat dia, insya Allah dia akan dengan dan bezakan baik dan buruknya sesuatu perkataan yang dia cakap tu.
Hope that perkongsia kali ni memberi satu dimensi baru pada ibu bapa yang ada anak kecil dan panduan pada bakal-bakal ibu dalam membesarkan anak masing-masing. Anak kita semua ada potensi yang sangat-sangat tinggi, kita hanya perlu cungkil sahaja! :)
No comments:
Post a Comment