Tajuk dia menarik kan? Dan mesti ada yg skeptikal juga bila buat tajuk camni. Hehhehe.. As an enterpreneur, aku taklah rasa terkejut sgt pun, sebab dalam perniagaan, apa-apa pun boleh jadi. Hari ni meniaga boleh seringgit, besok boleh seribu. Itulah yang dikatakan oleh Sifoo Bard semasa Seminar Rahsia Pesona Wanita yang diadakan di GBOB tak lama dulu. (Bulan Januari akan diadakan Seminar Untuk Para Peniaga, tunggu entrynya akan diberitahu dalam blog & FB, pastikan anda melanggan RSS Feed blog ni kalau nak dapatkan informasi terkini!)
Me tak lah hebat sangat rasanya dalam perniagaan, biasa-biasa jer, sama macam kengkawan yg ada bisnes online yang lain. Merasa jugaklah pegang berpuluh ribu sebulan, dan merasa jugaklah pegang berpuluh ringgit sebulan. Adat berniaga orang kata. Tak kisahlah apa pun kita berniaga, baik product, perkhidmatan, servis, barangan mahupun direct selling, MLM @ Single Level, perniagaan yang dilakukan haruslah jujur, ikhlas, dan tidak menindas orang lain. Kalau naik, biarlah kita sama-sama naik. I love to do cross selling antara kawan-kawan yang ada bisnes sebab aku rasa ini adalah cara yang terbaik untuk kita capture market sedia ada dan sama-sama bantu antara satu sama lain. I tolong promote produk u to my client, u tolong promote product i to your client. Its a win-win situation for both parties. Alhamdulillah, sejak bekerjasama dengan Scriptory Box, me, Lyna & Kay serta kawan-kawan yang seangkatan dengannya dapat bekerjasama dengan baik dan saling bantu membantu. :)
Tidak dinafikan, antara kunci penting sesuatu perniagaan adalah pemasaran atau marketing. Sehebat mana pun sesuatu produk atau servis itu, sekiranya pemasaran yang dilakukan setakat melepaskan batuk ditangga atau "ala-ala" jer, maka hasil perniagaan tersebut juga sudah pasti ala carte kadar jer kan!
Cth perniagaan : Jual aiskrim
Terdapat begitu banyak cara pemasaran samada online @ offline. Me akan bercerita tentang pemasaran offline di entry yang lain, Insya Allah, but now, aku nak cerita pasal pemasaran online, kerana ia ada kaitan dengan apa yang aku nak offer korang semua selepas ini ..:)
Cth Perniagaan : Perkhidmatan Mengurut
Rasanya sekarang, pemasaran online lebih berkesan dan terdapat 1001 jenis cara untuk kita memasarkan perniagaan kita secara online. Mungkin kita dah cuba sebahagiannya, tetapi masih belum berjaya. Kenapa yerk? Setiap hari ada sahaja website, blog dan facebook dibina macam cendawan tumbuh lepas hujan, kita sentiasa ada pesaing dan ianya makin bertambah setiap hari. Website kita dah power, dah bayar designer beratus-ratus, dah mekap blog ngalahkan mekap muka sendiri, dah join Facebook, siap ada Fanbook page, segala macam mak-nenek punya FORUM kita dah join tapi masih lagi GAGAL menghasilkan jualan yang memberansangkan. Apa yang silap?
Wah..aku cakap macam aku nih pandai sangat lah konon! Hhehehe.. No lah friends, aku pun sama macam korang, aku tak pandai sgt pun, memang masih banyak yang perlu aku belajar. Serius! Tapi aku tahu, salah satu cara untuk memasarkan produk kita kita adalah dengan meng "hire" orang lain menjual produk kita. Camner tuh erk? Nak hire manalah mampu. Gaji sendiri pun takder kan. Kita kuli, kitalah bos kekdahnya! Hhehehe.. Hmmm.. this is where the win-win situation took place. Melalui apa? Salah satunya adalah melalui satu program yang di namakan AFFILIATE.
Rasanya semua pernah dengar pasal Affiliate ni kan? Mungkin ada yang pernah dengar tapi tak tahu apa mender dan apakah fungsinya. Secara ringkas, Affiliate adalah satu program perkongsian bijak antara pemilik perniagaan dengan mana-mana individu yang berminat untuk memasarkan produk pemilik perniagaan tadi. Pemilik perniagaan mempunyai sistem Affiliate mereka sendiri dan mana-mana individu boleh menyertainya secara PERCUMA (ada juga yg berbayar tetapi jarang). Apabila individu tadi berjaya melakukan jualan (melalui apa sahaja cara yang sah di sisi undang-undang dan agama), maka mereka akan menerima komisyen dari pemilik perniagaan mengikut peratusan yang telah beritahu ketika proses pendaftaran Affiliate dilakukan sebelum itu.
Cth perniagaan : Jual perfume
Terdapat banyak lagi cara pemasaran online yang ada, melalui pelbagai sumber. Terlalu banyak sehinggakan kita yang newbie atau half-bie (suka suki aku nak namakan half-bie sebab aku byk tau separuh-separuh, tak lah tak tahu sgt dan tak lah pandai sgt .. ala-ala jer kekdahnya, so aku namakan half-bie lah ..hahahhah) ni rasa LOST IN SPACE bila ada yang bercerita tentang pemasaran online yang serba serbi baru dan canggih. Aku bersyukur juga kerana walaupun tidak pernah bekerja dalam bidang IT (walaupun mengambil ijazah dalam bidang Science Computer), tapi aku tau serba sedikit tentang computer, IT, internet. metadologi dan how it works, jadi bila berbicara dengan org IT, taklah blur sgt, mash boleh capture apa yg dimaksudkan dengan istilah2 tu semua. Kiranya, macam cakap mak ayam ngan anak ayam lah. Masih ayam lagi kan walaupun satu mak dan satu anak. Tapi aku tak nafikan, kalau siapa takder background in IT langsung, memang kalau cakap ngan orang IT nih, macam ayam cakap ngan ikan kekdahnya. Hhehehe..Aku tak salahkan sesiapa pun, sebab dalam bidang teknologi komputer tuh sendiri, ada sahaja benda baru yg harus kita belajar setiap hari. Memang tak terkejar derrr! Bahasa-bahasa yang digunakan kadang-kadang tak tercapai dek akal. :)
Cth perniagaan : Perkhidmatan Fotografi
Tapi itu bukan bermaksud kita tidak boleh menggunakan teknologi terkini untuk memasarkan produk kita. Di sini, we should be thankful to a company yang telah menyediakan satu platform khas untuk kita menggunakan teknologi terkini ini dengan cara yanng sangat mudah. Semuanya dah disediakan dalam bentuk template, kita hanya perlu isi dan dalam masa kurang dari 10 minit page kita dah pun siap. Bukan siap2 kosong, tetapi di belakang page kita tuh, tersembunyi 50 Intelligence Marketing Tools yang akan "bekerja" untuk kita. Untuk tarik traffik ke laman web, ke blog, atau ke Business Page kita sendiri dan bermacam lagi kaedah pemasaran yang akan digunakan. Semua cara yang digunakan mempunyai satu tujuan iaitu: TIDAK KIRA APA BARANG ANDA, APA SERVIS ANDA, ANDA MAMPU MENJANA RM1 JUTA DENGAN PRODUK ANDA SENDIRI! (Kalau takder produk pun masih boleh, will explain later tapi peluang lebih besar untuk mereka yang ada produk untuk dijual, walaupun tuh produk orang lain, janji ada produk) .
Cth perniagaan : Perkhidmatan Mengandam @ Make Up
Nak cakap banyak aku tak reti (iskk..tapi rasanya macam dah banyak jer nih.. ahaks..) cuma apa yang aku boleh katakan, aku dah tgk, dah jumpa the owner of the company, in fact he is one of my daughther's doctor (by profesion) iaitu seorang Pakar Bius (memang doktor yer, bukan Dr beli atau Dr PHD..) yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang marketing. Aku tak sempat nak tengok Official Preview pasal produk Doktor ni sebab terlalu bz dengan program @ GBOB, jadi aku jumpa dia in private with my husband, dia buat presentation dan minggu lepas aku terus datang training & sign up as premium member. Training yang aku hadiri adalah training PERTAMA yang dilakukan oleh syarikat Doktor tersebut (yer, its totally very new in the market dan its very unic and he claim to me that ia satu-satunya syarikat yang menyediakan perkhidmatan begitu di Malaysia buat masa ini ) dan aku secara peribadi merasakan its a very good and worth every penny u spend. In fact, aku terkejut bila dia bgtau harga program dia sebab pada aku its cheap dan macam dia undervalue produk dia tetapi this is what he said to me, "Its ok, kita ikut style Air Asia.." Hhehehe...
Cth perniagaan : Pusat Tusyen @ Iqra'
After pergi training, aku dah faham serba sedikit apa yang syarikat Dr ni lakukan, barulah aku pandai nak explain pada kawan-kawan yang lain.Sebelum ni, Doktor tuh ada suruh aku ajak kawan masa jumpa dia in private tapi aku takmau. Aku kata, biar aku faham dulu, baru aku reti nak explain pada kawan2 yang lain. Lepas dah faham. barulah aku bersetuju dan merancang untuk membuat satu preview di pejabat GBOB di mana Preview ini akan dijalankan oleh Doc ini sendiri. Teruja jugak sebab ini juga merupakan kali pertama aku dgr Preview pasal bisnes ni secara rasmi. Sebelum ni kan tak rasmi. :)
Cth perniagaan : Perkhidmatan Inai
Dan, di sini juga, aku nak ambil kesempatan menjemput mana-mana usahawan atau usahanita yang ingin meluaskan lagi rangkaian perniagaan mereka secara offline & online dan vice versa, bolehlah lah menghadiri PREVIEW ini di pejabat GBOB. Come & have a look & see what the company can offer to you. Jangan rasa takut atau tak sure atau rasa tak sesuai sebab as the doktor told me, " U can sell almost anything under the sun" with this system kecuali... biasalah ..dadah, pornography dan barang2 yang di larang oleh undang-undang! Hhehehhe..Korang tau tak, dia ada tunjuk aku video dia jual pisang kat You Tube! Hhahaha.. cam tak logik kan.. but helloo... it works okeh! Berikut adalah maklumat Preview yang bakal dilakukan:
Tarikh: 2 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 2 pm - 4 pm (atau lebih bergantung pada soalan yg bakal di tanya)
Tempat: Genius Baby On Board , 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, 41050, Puchong, Sgor
Bayaran: PERCUMA
Call Watie @ 016 203334 untuk menempah tempat anda.
Cth perniagaan : Perkhidmatan Dobi
Setakat maklumat ini ditulis,sudah ada lebih kurang 10 orang keluarga dan rakan-rakan yang Watie ajak untuk menghadiri Preview ini dan mereka semua berminat untuk menghadiri preview dan mendengar apa yang Doc itu ingin sampaikan. Watie secara peribadi sangat menggalakkan anda untuk menghadirinya terutamanya jika anda membuat perniagaan secara offline yg ingin anda naiktaraf ke online, atau anda seorang yang sangat baru dalam dunia perniagaan internet, tidak pandai IT, tidak pandai coding atau tidak pandai marketing. This is the place for you. I've been in this online marketing business since 2006 dan merasakan program ini sgt bagus. Insya Allah, ia akan bagus juga untuk anda. Hubungi Watie utk menempah tempat anda sekarang.
Cth perniagaan : Menjual Telekung
Cth perniagaan : Menjual Tudung
By the way, anda tidak perlu terkocoh-kacah kerana kerana Program ini bukan program "Sapa Cepat Dia Untung Lebih" atau "Jadilah yang Terawal " dan sebagainya. :) Ia juga bukan MLM jenis Binari atau jenis yang mengajar downline suruh invest beriban-riban atau jenis MLM Beli Pangkat. Nope. Bukan. Ia bukan program MLM. Jadi, jika anda dah terbayang nak buat duit dengan mengumpulkan bala tentera MLM anda (jika anda kaki yang di atas), maka anda mungkin terpaksa melupakannya kerana Program ini bukan untuk anda. Yer, anda boleh menggunakan platform yang sama untuk menjual produk MLM yg anda sertai sekarang tetapi bukan mendapatkan wang secara rangkaian berperingkat. Senang cerita - its a SINGLE LEVEL MKTG. Company will compensate you if u recommend @ sharing this tremendous program with your family & friends. Just like what I'm doing now. Anda recomment, ada yang join, anda dapat. A very clear win-win situation. :)
Cth Perniagaan : Menjual Baju Kanak-Kanak
Untuk maklumat lanjut, bolehlah anda call Watie yer. jangan segan-segan sebab for me its a very fair deal dan anda perlu tahu dengan lebih lanjut sebelum anda datang dengar preview walaupun preview tersebut PERCUMA. Itu hak kita kan. Jadi, jika anda perlu dapatkan maklumat lebih, anda boleh hubungi Watie bila-bila masa ok. I'm happy to share. Insya Allah, Watie akan kupas sedikit demi sedikit tentang Program ni di entry yang lain. :) Panjang dah nih ... :)
Cth perniagaan : Menjual Kasut.
Till then, selamat berniaga secara berhemah yer ..:)
No comments:
Post a Comment