Semenjak aku menceburkan diri dalam bidang Early Education nih, aku sering menerima kata-kata semangat dan sokongan dari pelbagai pihak yang menghargai apa yang aku lakukan - menyedarkan masyarakat diluar betapa pentingnya ECE dalam kehidupan anak dan betapa mudahnya ingin mengajar seorang bayi.
Selain kata-kata semangat, aku juga kadangkala menerima emel dan mesej dari ibu dan bapa yang memberikan kata-kata yang membuatkan aku terharu dan bertambah bersemangat untuk memberikan yang terbaik serta memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Terima kasih teman, terima kasih sahabat. Apa yang kalian sampaikan akan ku simpan dengan kemas di sudut hati ini. Semoga kita semua berjaya memegang dan menjalankan amanah Allah SWT dengan lebih baik, Insya Allah.
Deqna, terima kasih banyak yer dik, akak sangat menghargainya.:)
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Terima Kasih Teman,
No comments:
Post a Comment