Sempena Karvival 1Nita anjuran .my DOMAIN REGISTRY, pihak Genius Baby On Board, Scriptory Box, Bling Buubies & My Shaklee Store telah pun bergabung untuk memeriahkan acara selama 2 hari ini.
Karnival ini bakal dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri kita iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Acara akan bermula dari pukul 9 am - 7 pm. Ini merupakan satu platform yang sangat baik untuk kami memperkenalkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan syarikat kami kepada masyarakat.
Secara jujurnya, kami mendapat tahu tentang karnival ini agak lewat, sememangnya sangat-sangat lewat. Hehhe.. Tapi berkat kecekapan diri dan keinginan yang kuat untuk turut sama menyertai acara ini, alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dan disediakan dalam waktu yang singkat, beberapa jam sebelum exhibitor dibenarkan masuk untuk setup. Hmmm.. lewat kan? But we manage to do it! Bravo to us! Memang tak cukup kaki tangan nak buat semua tau. In fact, I wrote this entry @ 3.26 am, and this morning at 9 am I must be there. Kat mana? Kat KLCC Convention Centre.
Di sini, Watie nak amik kesempatan ajak semua kawan-kawan memeriahkan Karnival ni. Bukan setakat ada pameran, tetapi ada ceramah dan pelbagai aktiviti yang di adakan di Hall 2. Booth we all di Hall 1, nombor 17 . Kalau sapa nak tau lebih lanjut pasal 1nita ni, bolehlah layari laman web mereka di www.1nita.my. Apa yang mereka lakukan sangat bagus tau, tapi rasanya tak ramai yang tahu.
Di sini, Watie bgtau serba sedikit apa yg Watie tahu. Ni pun baru dapat tahu tadi, masa borak-borak dengan staff dia. Menurut agency di bawah MOSTI ni, mereka memberikan bengkel dan seminar PERCUMA kepada mana-mana wanita yang berminat nak buat menjalankan perniagaan secara online tapi tak tahu macam mana nak mula. They will start from scratch, dari u takder website, sampailah u ada website. Yang bestnya tuh, dia siap bagi domain .my FREE lagi for a year. Katanya lagi, projek ni adalah projek kerajaan di bawah pakej ransangan ekonomi. Sayangnya, tak ramai yang tahu kan? Mungkin tak dipromotekan kaw2 tak? Kalau tahu, rasanya ramai yg akan join, I mean para2 blogger nih, ramai apa geng2 kita ada wat business online kan? Takperlah, ni Watie dah share kat sini, pasni kita dah tahu, bolehlah kita amik tindakan sewajarnya. Nak tgk jer ker, atau nak grab apa yang gomen dah sediakan. Kalau takmo grab, jangan nak komplen kata gomen tak tolong plak yerk.. :)
Sedang sibuk menyiapkan booth. Nampak tak board coklat tu, gambar pun tak sempat nak tampal tau, ni baru habis tampal gambar, suka sgt sebab cantik (perasan yerk ..hahah). Nanti Watie update entry pasal this Karnival dan letak banyak2 gambar ..:)
Bila dapat tahu jer pasal nih, Watie dah membayangkan betapa bestnya kalau ada website sendiri, then gabung pulak dengan Business Page with 50 Hidden Intelligent Marketing Tools yang Watie kongsikan dalam entry ini. Mesti gempak. Website dah FREE, gabung pulak dgn platform marketing yg dibeli dengan harga yang sangat berbaloi - less than RM 1 a day! (tunggu entry Watie 28 Dec ni okay, kalau takmo ketinggalan, pastikan uols langgan RSS Feed blog ni) memanglah sangat syiok. Haruslah uols datang FREE PREVIEW untuk dapatkan maklumat lanjut pasal Program ni. (aik...apsal lately asyik cakap pasal FREE jer nih ? Hhaahha). Sapa yg nak register FREE PREVIEW tuh, boleh call Watie yer. Pastikan uols block date 2 Januari 2011 nih, hari Ahad pukul 2pm. Tapi confirm dulu ngan Watie kalau nak datang, sebab Watie nak prepare sikit refreshment, takmo terlebih sampai membazir dan takmo terkurang sampai semua orang komplen nanti. Ahaks .. :) Dah terbiasa layan tetamu kat umah ngan kat opis. So, must make sure everything goes well..:)
Ok geng, ni details pasal Karnival 1Nita nih. Kalau uols free, leh ah datang. Sapa yang kerja tuh, datang time lunch atau after office hour pun ok. Jumpa Watie kat sana okeh!
Date: 21-22 December 2010
Time: 9 am - 7 pm
Place: KLCC Convention Centre
Booth Number: 17
PIC: Watie (0162033340)
Ok geng, till then, jumpa lagi di lain entry, nak tidur dah sebab esok nak kena bangun pagi, 2 hari di KLCC dan kemudian di SACC Shah Alam pula for Karnival Upin & Ipin for 5 days! Wahh..sungguh bz saya minggu ini! But I Love it!!!
Jumpa anda di sanaaaa....
No comments:
Post a Comment