Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, August 22, 2011

Bagaimana Mengurangkan "Ketagihan" Anak Terhadap Gadjet Seperti Ipad?

Kalau sebelum ni Watie ada kongsikan cara bagaimana mengurangkan  ketagihan anak terhadap VCD tertentu, kali ini, Watie nak kongsikan pula bagaimana Watie mengurangkan kebergantungan Qarissa terhadap Ipad. Sebelum ni, mungkin anda semua pernah baca my entry about pro & kontra nya gadjet2 canggih masa kini seperti Ipad, Iphone, ITouch, Tablet, Android dan macam-macam lagi lah ..tak reti den nak menyebutnya satu-satu. Hehehhe.. Dapat sebut Ipad pun dah cukup baik dah rasanya ..wkakaka..Zaman kita dulu mana ada mender2 ni suma kan ..ahaks! Dalam entry tu, Watie taklah kata gadjet2 ni tak bagus, tapi kalau kita lihat anak kita terlalu bergantung pada gadjet sehingga menyebabkan social skills mereka terganggu, memang kita harus buat sesuatu untuk bantu anak kita sebelum terlambat. Sapa yg belum berkesempatan baca entry tuh, leh klik SINI


So, macam mana Watie buat untuk kurangkan kebergantungan Qarissa pada Ipad? Mula-mula, Watie kurangkan penggunaan Ipad ni especially masa tidur. Kalau masa mula2 dapat dulu, Q sangat obses dengan Ipad hingga waktu tidur dia terganggu. Sangat-sangat terganggu sebenarnya. Hampir sepanjang masa dia berkepit dengan Ipad sampai me & hubby tak dapat bygkan kalau Ipad tuh takder, macam mana agaknya Q yer? Ha... teruk kan? Tu that extend tau! Apa tidaknya, kitaorang anak beranak tidur malam, Q boleh selamba layan Ipad sampai 9 pagi keesokan harinya! Bila Watie tgk Q dah sampai tahap "ketagih" Ipad, Watie bgtau hubby yg kita mesti buat sesuatu, walaupun apa yg kita buat akan buatkan Q mengamuk dan kita pulak susah tidur malam sebab dia nangis atau tantrum, we have to do it. So, cukup masa jer, biasanya kul 12 tgh malam, Watie akan tutup lampu, tutup TV dan cakap, "Ok sayang, times up, Ipad want to sleep. No battery!". Pastu buat muka selamba takder perasaan, amik Ipad dari tangan Q dan terus simpan. Masa 1st time Watie  buat tu, memang dia mengamuk giler ah kan. Menangis tak hengat dunia mintak balik Ipad dia, tapi Watie keraskan hati dan cakap elok2, "Sorry dear, Ipad want to sleep, you must sleep too okeh!" atau "Ipad no battery, esok kita main lagi.." and keep repeating the same phrase over & over again. Bila dia gi kat Daddy, Daddy pun cakap mender yang sama. Malam pertama tuh disaster jugak la, Q nangis sampai tertidur selepas puas menghempaskan diri dan baling apa yg dia nampak. (tapi sebab gelap, there's nothing much dia leh campak selain dr badan dia sendiri ..ekekke.. ada takder dapat capai botol susu dia jer lah ..hihihihi)

Malam kedua, waktu yg sama, Watie ulang balik apa yg Watie buat semalam. Suprisingly, Q nangis tapi tak lama & no tantrum. Happy sgt time nih sebab dia dah start faham yg "Ipad want to sleep" dan dia pun kena sleep jugak. Tak sesia lah we all tahan telinga dan men "TALIBAN" kan diri semalam semata-mata nak lihat Q jadi lebih berdisiplin. Malam-malam yang seterusnya menjadi lebih mudah dan yang paling best & hebat bila Q pulak yang cakap, "Ipad SLEEP" atau "Ipad NO BATTERY" bila Watie amik Ipad dari tangan dia setiap malam. Kalau dulu, setiap kali bateri habis, Q akan ngamuk dan campak Ipad tu, but after dia faham konsep "NO BATTERY" tuh, dia tak ngamuk dah bila Ipad padam secara tiba-tiba, malah dia akan datang pada Watie, bagi Ipad dan cakap, "Ipad charge!". Dia dengar apa Watie cakap setiap kali Watie charge Ipad & follow what we say. :)

Lepas dah berjaya buat every night, Watie cuba juga untuk buat Q lupa pasal Ipad tapi nih memang agak susah sikit. Sedangkan Charlie & Lola yg dia dah tak tengok nak dekat 2 bulan pun, dia masih hafal dan sebut phrase yg dia ingat, antaranya, "No Charlie!!!" dan "See you at the slide Lola" serta melakukan aksi-aksi Lola, apatah lagi Ipad yg setiap hari dia main. So, Watie gunakan teknik yg sama yg Watie guna untuk DVD. Kebetulan pula, masa datang ofis, Watie bawak turun Ipad dan letak kat tangga. Lepas semua barang-barang dah dibawa turun, Watie mintak Q amik Ipad tu dan bawak naik atas. Member boleh wat derk jer hokay! Dia leka tengok semua gambar2 kat dinding dan buat tak peduli langsung dengan Watie. Saat tu lah idea Watie datang & I said to myself, "Okay .. takmo amik Ipad yer... tengok nanti esok apa jadi kat your Ipad Q!". Suprisingly, malam tuh dia tak sibuk nak main Ipad, Watie dah siap2 sorok Ipad dalam almari dah. Dan bila esok dia tanya Ipad dia mana, terus lah Watie kata, "Ipad? Kakak letak mana? Kan semalam Mommy suruh amik kat staircase, Kakak amik tak?" dan Watie pun startlah cerita dan buat ulang tayang what happened last night masa Watie suruh dia amik Ipad tapi dia takmo. Hihihihi.. Member diam jer dengar bebelan mak dia ni. Sikit pun dia tak bantah sebab Watie yakin dia pun masih ingat yg Watie dah pesan suruh amik. Bila dia tanya lagi, Watie kata lah Ipad dah hilang sebab dia tak amik Ipad kat staircase. Siap bawak dia turun ke tangga lagi, nak tunjukkan "tempat kejadian" kekdahnya. Hihihi .. Padahal dia tak suruh pun. Saja Watie nak tunjuk, nak tengok dia paham ker tak. Memang dia paham lah, sebab lepas tuh, dia tak berapa nak mintak sangat. Kalau terlupa jer, dia mintak dan bila Watie ulang balik phrase yg sama, Q akan diam tanda paham and start to play other games. 4 harilah dia tak main Ipad masa tu, tapi bila sampai jer umah akak Watie hari Jumaat, dia ternampak Ipad sepupu dia dan terus main untuk lepaskan gian. 

Silapnya we all, bila tgk dia main Ipad sepupu tuh, kitaorang kuarkan Ipad dia dan cakap we all dah jumpa Ipad tu, padahal Q tak mintak pun Ipad dia. Dia tahu Ipad tuh sepupu punya, so kalau balik umah, memang takder Ipad lah kan, but we made a mistake there. Hubby terlalu baik dan tak sampai hati dan Watie pun terpengaruh sama. Selalu Watie yg lebih tegas. :) Memang Q suka giler dan main dengan happy, dan lepas tuh dia memang tak lupa nak amik dan bawa Ipad ke mana-mana, mungkin takut hilang like before, & I have to look for other "reason" why she cant have the Ipad. 

Few weeks after that, datang balik perangai lama dia yg suka lempar barang bila ada yg tak kena. So, Watie amik kesempatan, masa dia baling Ipad tuh, Watie kata Ipad rosak dan terus simpan. Kali pertama Watie simpan dan bagi the next day bila dia mintak, sambil Watie pesan, jangan baling lagi, or else rosak 1 more time, memang dia tak leh pakai. Then, few days after that, ntah hapa yg dia hangin ngan kerusi kat opis tuh, Ipad dia jadi mangsa. Memang hangin jer time tu, terus Watie amik dan buat style TALIBAN ah .. memang tak layan semua tangisan dan tantrum. Sampai lah dia nak susu dan tertidur. Lepas bangun, as usual dia mintak Ipad, tapi sejak minggu lepas, memang Watie tak bagi and say that Ipad dah rosak, Mommy htr repair. Memang kesian kengkadang bila tgk muka seposen dia .. hu hu .. tapi sebab banyak perkembangan positif yg Watie nampak after dia tak main Ipad, Watie keraskan hati jugak, selama yg boleh Watie try takmo bg dia Ipad tu. Now dah nak dekat 1 week, this time, walaupun dekat rumah my sis, memang Watie tak bagi. Kali ni juga, Watie mintak kerjasama kakak, mak dan anak buah untuk tak main Ipad depan Qarissa, siap plan ngan Along dan Mak, Watie bagi Ipad tuh sblm Watie gi opis, takut kalau2 Q mengamuk dan berebut Ipad ngan sepupu dia, Watie suruh Mak bagi Ipad Along kat Q dan bagi Ipad Q kat sepupu dia, Watie takmo bg Ipad Q kat dia, nanti dia tahu Ipad tu ada, siap suruh anak buah main sembunyi2 kalau dorang nak sgt main Ipad Q tu. Yang penting, jgn tunjuk Ipad Q tu depan dia. Alhamdulillah, walaupun mula2 Q asyik mintak Ipad lepas sampai umah Along (sebab kes sebelum ni dia dapat Ipad dia masa kat umah Along kan ..so dia ingat this time will be the same), tapi after sometime dia tahu yg Ipad memang takder. Anak buah Watie pun semua  baik-baik, tak sibuk pun main Ipad depan Q, siap sorokkan Ipad dorang. Hehehehe.. 

Yang bestnya tu, pernah sekali Q ternampak Angah Watie main Angry Bird @ Galaxy Tab, dia siap cakap "Angry Bird!!" tapi tak sibuk pun nak amik that tab from my sister. Bila Watie ajak kuar dari bilik tuh, selamba jer dia ikut. Risau gak kalau dia ngamuk nak Tab tu but suprisingly dia tak kesah pun. Another incident masa Watie kat opis tapi anak buah yg citer. Dia kata Danisha main Ipad depan Q, Q pun sibuk main sama, tapi bila bateri low, Q stop main dan bila Watie balik umah, takder lah pulak si Q ni sibuk mintak Ipad kat Watie. Cam tak caya jer Danish cakap Q main Ipad siang tadi. Hehehe..

So far, nampaklah perkembangan yg sangat positif after seminggu takder Ipad nih, walaupun dia masih lagi mengikuti apa yg dia ikut dalam Ipad especially Dora Ballet & she keep on dancing here & there, its normal for her age kan ..Watie tak risau sgt sebab tahu dia sedang membayangkan dirinya seorang penari ballet. Sampai takmo bukak baju ballet dia yg we all beli kat Reject Shop. Tak sengaja masa jalan-jalan kat Kajang, ternampak baju ballet dancing tuh, tunjuk kat Q, suruh dia cuba, kemain suka sampai takmo bukak! Keep on dancing sana sini dan sudahnya, sampai balik dia pakai baju tu. Kiut giler! Hopefully, Q akan dapat kurangkan kebergantungan dia pd Ipad selepas ni. Watie pun tak tahu bila nak bagi dia main Ipad tuh semula. Selagi dia boleh tahan, maybe Watie tak bagi kot. Nak bagi dia bersosial lebih sikit, bercakap lebih sikit, bergaul dengan kawan-kawan lebih sikit, baru Watie  nak bagi balik. Memang lah rasa rugi, dah beli mahal2, sekali terperuk jer kan, yang lagi sadis, dengan Ipad2 Watie pun terperuk sama! Yer lah, takmo tunjuk Ipad tuh depan Q kekdahnya! Takut2 kalau dia nampak Ipad Watie, confirm dia nak main kan, sudahnya both Ipad kena sorok dan Watie hanya pakai bila Q tidur atau Q takder depan Watie. Huhhhh...memang mencabar jugaklah, tapi apa nak buat, pengorbanan tu namanya. Rasa macam nak jual jer Ipad Watie tuh... tapi sayang pulak, baru beli tak sampai sebulan.. hu hu ..

Dari segi perbezaan after takder Ipad nih for few days nih, Watie nampak Q pandai cari apa2 mainan untuk menghiburkan hati dia. Dia mula membebel dan main "play pretend" dengan lebih banyak berbanding dulu. Kalau ada Ipad, dia tak payah gunakan imaginasi dia pun kan, tapi bila main sorang-sorang, atau main ngan sepupu @ adik dia, main plak masak-masak, kenalah dia borak dan bercakap serta menjawab soalan-soalan yg Watie tanya. Secara tak langsung, it helps on her speech. Semangat me & hubby gi beli Cooking Set untuk Q main sebab dia cakap, "I want Cook!" belasah jer grammar tak betul janji Mommy paham.. ehhehe..selama ni we all tak beli sebab nak cari yang kayu kononnya, tapi susahlah nak jumpa, lagipun dulu Q tak berapa reti nak main mender2 nih, so rasa cam bazir jer, nanti confirm buang2 jer, but now, boleh nampak dia appreciate the set, asyik bawak ke hulu kehilir. Bila jatuh, Watie suruh amik, dia akan amik dan simpan. Boleh nampak lah interaksi dia dengan persekitaran semakin baik, dia dah sedar lah "kewujudan" Atok ngan Nenek dia kat umah akak Watie, sebelum nih, walaupun nampak, dia buat derk jer, takmo borak langsung but now, siap tegur, salam takyah paksa, siap bye-bye, cakap "see you soon" bagai .. ehhehe.. mak Watie pun nampak dah perubahan Qarissa yang mula start to interact with others. Rasa happy sgt nampak Q punya social development dah meningkat. Memang sebelum ni Q takder masalah pun nak bercampur gaul dengan rakan sebaya, dia boleh je join sama, main sama @ lompat sesama, cuma as I said, I want more than that, especially on her speech, interaction & communication between friends, family & outsiders. Tu yg dia lack sikit, so its my responsibility to help her built that confidence.:)

So, to all parents out there, jika anda juga menghadapi situasi @ isu yang lebih kurang sama (Watie takmo kata masalah, sebab its a negative word, and it will effect the parents & child mindset towards this), bolehlah anda cuba gunakan kaedah yg Watie cuba kat atas, mana tahu it helps kan..? Apa yang penting, kalau nak anak kita jadi lebih baik, nak nampak ada perubahan yg positif, hati kita kena keras sikit. Sebab tuh Watie guna ayat TALIBAN (yang Watie belajar dari jiran rumah jugak...ehhehehe) nak kasik nampak betapa tegasnya dan kerasnya hati Watie demi untuk memperbaiki situasi yg berlaku sekarang. Memang as mother, kita akan sedih dan rasa bersalah, tapi demi untuk kebaikan anak, Watie pejamkan mata, pekakkan telinga. Kengkadang yang jadi susah sikit bila hubby kita yg lembut hati, cuba nak pengaruhi kita ikut kehendak anak, selalu kes Watie camtu lah, Daddy my Q's ni hati lembik, tgk anak merengek2 sikit, tantrum sikit, dia cuba nak saiko Watie bagi apa anak nak. Hehehe.. Kengkadang berjaya juga, tapi selalunya tak, heheh.. sebab Watie yg selalu berkepit dengan anak, so Watie masak dengan kerenah my Q's, I know how to handle them, cuma Watie mintak kerjasama hubby to support what I'm doing for the sake of our children. Watie tak salahkan hubby, sebab dia kerja most of the time, masa dia ngan anak tak lama macam masa Watie ngan anak, so kalau boleh, time dia ada ngan anak tuh, dia nak tgk yang indah2 sahaja lah kan .. hehehe.. jadi dia senang hati tinggalkan anak, but of course sometimes, it doesnt work that way. Sebab tuh, nasihat ikhlas Watie, salah sorang samada suami atau isteri mesti bertegas dan mana yang lembut hati tuh, kena support apa yg pasangan kita buat. Kena sepakat  dalam hal ini demi untuk kebaikan anak juga. Jangan bila sorang tgh tegur anak, sorang pujuk on the spot, atau sorang nak buat cara A, sorang nak buat cara B, dan sudahnya buat cara A&B dalam masa yang sama. Tak boleh camtu, nanti anak confuse dan tak bagus untuk perkembangan mindanya. 

Cara pendekatan kita pun kena berubah mengikut usia dan arus masa. Mungkin cara yang Watie buat kat atas ni sesuai untuk umur Qarissa sekarang, tapi kalau anak kita dah besar dan dah faham, cara nih mungkin tak sesuai lagi untuk anak. Kalau kita buat juga, mungkin kita akan dituduh PENIPU pula oleh anak kita bila dia dapat tahu yg sebenarnya kita yang sorokkan permainan dia kan? So, kita kena cari idea baru on how to solve the issues dengan cara dan pendekatan yang berhemat. Hmmm.. bukan senang yerk jadi ibu dan bapa nih?? Hehehe.. Its a journey .. a long journey that I will appreciate all my life. Setiap hari Watie belajar perkara yang baru dengan anak-anak, tak pernah habis ilmu yang mereka berikan pada Watie. Setiap ilmu yg Watie pelajari, Watie akan aplikasikan, dan jika ianya berhasil dan memberi manfaat, Watie akan kongsi dan tengok if its work on others too..:) If it helps, Watie sesungguhnya tumpang gembira. :) 

Rasanya, sampai sini dulu perkongsian Watie untuk kali ni. Berjumpa lagi di entry akan datang. Sekejap jer dah nak masuk akhir Ramadhan kan? Cepat betul masa berlalu kan? Sedih sungguh nak tinggalkan Ramadhan kali ni.Ramadhan yg sesungguhnya banyak merubah Watie menjadi insan dan hamba Allah SWT yang lebih baik dari yang sebelumnya, Insya Allah. Kita jumpa lagi sebelum Watie start cuti raya okeh? Insya Allah I will try to write satu dua artikel lagi kalau sempat. :) See you soon friends...:)

post signature

post signature

1 comment:

Unknown said...

Penyampaian cerita serta isi dapat difahami oleh pembaca... tetapi digalakkan untuk menggunakan bahasa melayu dengan sebaiknya kerana bahasa jiwa bangsa... sekian