Kebelakangan ini, saya sering menerima SMS dari para ibu bapa. Macam-macam SMS saya dapat lepas cerita GBOB keluar di Pa&Ma.Belum lagi panggilan telefon. Alhamdulillah, nampaknya banyak kesan positif yang saya rasai terutamanya the awareness tetang kewujudan GBOB di Malaysia ni. Hehehhe... Ye lah, kami kan syarikat baru, jadi pengiklanan seperti ini sememangnya membantu pihak GBOB memperkenalkan produuk dan perkhidmatan kami pada masyarakat. Bila dah banyak SMS dan panggilan masuk, saya jadi blur kejap, hehehe... saya tak pasti, saya yang dah tua sampai rasa letih melampau, atau sebab bulan sedang mengambang atau memang SMS dan panggilan masuk bertalu-talu sampai saya jadi blur siapa punya number dan siapa yang bercakap. Hhehehee... Nasib baik, semuanya masih berada di dalam kawalan saya. Saya minta maaf jika ada sesiapa yang merasakan saya tidak melayan mereka sepenuhnya. Saya dah cuba lakukan sehabis baik, kita keep in touch ok..:)
Dan, secara tiba-tiba juga, ada GUEST dalam blog GBOB ni. Saya tak pasti GUEST tuh datang dari blog personal anak-anak saya atau blog GBOB kerana for both blog, saya sediakan satu Shoutbox yang sama, jadi senang saya nak monitor dan balas. Itupun designer saya buat satu Shoutbox baru di laman web GBOB dan kadangkala saya terlepas pandang komen2 dan pertanyaan di situ..:( Takper, saya akan pastikan saya jawab soalan2 yang dikemukakan sehabis baik..:) Bercerita pasal GUEST tuh, saya nak tergelak sebab ni 1st time GUEST tinggalkan komen kat blog ni. Selalunya kalau takder link pun, mesti ada nama yang blogger atau reader tinggalkan di ruangan komen. Ni tak, link takder, nama pun takder, setakat GUEST atau TETAMU sahaja. Nama dia tak penting kot, tu lah dia tak letak agaknya. Ekekekek.. Dan GUEST ni pulak dengan ikhlasnya mengatakan blog ni sungguh membosankan, punyalah bosan sampai salah eja perkataan "membosankan" tuh. Hehehhee.. Saya senyum dan tergelak juga sebab tak sangka ada juga orang yg nak tinggalkan komen negatif pada blog "bayi& kanak-kanak" macam ni. Yerlah, rasanya blog nih ada niche yg tersendiri, bukan blog gossip atau blog artis pun, tak glamor pun rasanya kan ..hehehe.. tapi ada gak yg takmo tinggal nama tapi kutuk. Hhehehe.. nasib baik lah blog saya sendiri, saya malas ah nak kutuk lebih-lebih GUEST tu, kalau blog kengkawan saya yang kena, mesti saya kutuk giler-giler punya si peninggal komen yg tak bernama tu.. yg macam saya pernah buat sebelum ni.. Ekekek.. Tak kesahlah tuh, saya rasa itu satu penghormatan pada saya sebab GUEST tu rajin tinggalkan komen dan rajin menggeledah blog yg membosankan nih .. Hhehehhe..:)
Ok, cerita balik pasal SMS yg saya terima. Saya menerima beberapa SMS menarik yang membuatkan saya rasa terharu dan dihargai. Terima kasih anak-anak Teacher semua kerana tak mau ponteng Playgroup yang Teacher buat, terharu tau Teacher, senyum sampai telinga dan rasa begitu dihargai. Ia sememangnya membuatkan saya rasa saya harus lakukan lebih lagi untuk menarik minat anak-anak bijak ini dan membuatkan mereka rasa seronok nak datang setiap minggu. Ni saya kongsikan 2 SMS yang saya terima dengan anda semua yer ..:)
Sambungan SMS Mommy Azzam :)
No comments:
Post a Comment