Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Sunday, July 26, 2009

Interesting Phonic Videos To Share

Hari ini, aku nak kongsikan satu video yang menarik tentang phonics. Terdapat begitu banyak video di You Tube tetang phonics dan semuanya menarik belaka. Tetapi, apa yang tak seronok tentang You Tube ini, kadang-kadang videonya tersangkut-sangkut. Sometimes it depends on what platform yang kita pakai, sama ada IE, Firefox @ Google Chrome. Ramai berpendapat yang platform Goggle Chrome agak stabil untul melihat video di You Tube berbanding platform lain, mungkin kerana ianya masih baru berbanding 2 platform tersebut.Pengalaman aku menggunakan Google Chrome setakat ini, ok lah jugak, sumtimes tersangkut but most of it memang ok.

Ada juga kawan aku berkongsi video phonics yang menarik, ada juga aku kongsikan di sini. To Naimah, tq so much for sharing dear, Really appreciate it! Aku akan review this 2 video & semua parents can start enjoying the video kay.

1st Video- Phonics Genki English

Genki English ni ada website khas yang telah pun aku link kan di sebelah kiri blog ini. Apa yang menarik tentang web ini, ada banyak program dalam web tuh yang bleh diexplore. Aku suka tengok bhg phonics sebab dia sebut the words in phonics dan ada juga gambar berkenaan huruf yang di tulis. Seperti contoh, huruf B - Phonics Beh - Gambar Banana. Kita hanya perlu gerakkan mouse ke huruf tertentu untuk dengar the Phonics sound dan klik gambar untuk dengar the words - Banana.

Tentang video ni pula, aku suka sangat tunjuk pada Qarissa sebab setakat ni, semua education video yang dia ada like Brainy Baby, Baby Eistein & sebagainya, semuanya menggunakan teknik biasa dari A - Z dan bukan phonics. Jadi, video ini adalah alternatif yang aku gunakan untuk tunjuk pada Qarissa. Tentang "kekeliruan" yang mungkin di hadapi baby kerana dalam video yang biasa, bukan phonics, dan dalam video You Tube pula, ia menggunakan phonics, aku tak risau sgt sebab as i told uols- All Babies Are Genius. My main point, I want Qarissa to have fun looking at the alphabets & maybe inside her mind, she will think "Why certain video is like this & other video is like that" and her mind will start thinking. Its ok, as long as she had fun. Later when she talks, its easier for me to explain. At least, i dah dedahkan dari awal & dia dah ada foundation. :)

What i like most about this video adalah kerana ianya tidak tersangkut-sangkut. Sangat lancar bila dilihat dari my Lappy & I use Google Chrome as my platform. Dan video ini macam flash card, laju bila bertukar antara satu huruf ke satu huruf dan yang best sekali, the music beat is fast & catchy. Memang menarik. Ada few phonics yang aku jumpa @ You Tube, rasa kelakar bila dengar 1st time, tapi yang this one is catchy. Aku memang suka fast beat & dalam method Glen Doman pun, they advised us to show the letter as fast as we can to our babies. Jadi, video ni memang sangat sesuai di tonton oleh babies.

Satu lagi yang menarik, di tengah-tengah lagu, we can follow the words & repeat it to our babies. Tu yang aku buat dengan Qarissa. In the middle, aku ulang balik apa yang di sebut sebab memang ada part yang kita boleh follow semula. Memandangkan zaman kita dulu takder phonics, memang susah kita nak ikut that phonics, seriously wei.. even dalam video ni pun, awal-awal bila dia sebut phonics, aku susah nak catch up sebab laju sangat & kita tak biasa dengan the phonics sound, tapi bila ada part yang tengah tu, it really helps me to listen to the phonics sound. So, memang kita boleh ajar diri sendiri dan dalam masa yang sama, ajar baby kita juga. Memang FUN tau! Qarissa setakat ni, aku dah tunjukkan around 4-5 times & she start to love it! Kaki hayun-hayun everytime aku tunjuk. Suka naaaa....

Untuk menjadikan video lebih catchy, di bhg akhir, ada huruf Z dan bunyinya Zeee dan kemudian ada Bee yang terbang di skrin!! So, that time, bila dia terbang ..aku pun action kat Qarissa dan sebut .."Its Bee.." Zzzzzezezezze...

Let us have fun by watching the video & start to put our baby on our laps!!

Phonics Genki English Video

2nd Video- Phonics Magical Nature Alphabet

Video yang kedua ini lah yang dikongsi oleh sahabatku Naimah di dalam laman blognya. Video ini juga berkaitan dengan Phonics tetapi bukan terhad kepada huruf A- Z sahaja, tetapi ia menjurus kepada "Magical Nature Alphabet".

Agak menarik sebab selain ada gambar, ada huruf besar dan kecil dan ada perkataan yang menunjukkan ejaan bagi gambar. Pada aku, yg specialnya video ini, sebab ada mulut cikgu kat bhg bawah yang menunjukkan bagaimana caranya phonics itu harus berbunyi. Jadi mulut cikgu tuh asyik bergerak jer. Hehheh.. Quite interesting & this is first time aku nampak such Phonics video like this.

Cumanya, ia agak slow sikit sebab dia terangkan satu-satu tentang huruf, perkataan dan bagaimana hendak membunyikan perkataan tersebut ke dalam bentuk phonics. So, maybe your baby will tend to get bored half way. Mungkin video ni lebih sesuai untuk toddlers yang dah paham & pandai sebut A-Z and few words so that during the whole process of watching, we can talk & make them occupied so they dont feel bored easily. Borak-borak ngan anak during watching & discuss about the video. Aku belum sempat try tunjukkan dekat Qarissa sebab 1st time aku bukak dulu, ada tersangkut sikit. Maybe after this, I will try to show her to see whether she's interested or not.

So, let us see the video together okay ..Till, then, meet uols in my next entry!! Wallaaa...

Phonics Magical Nature Alphabet Video

*feel free to contact me, Watie @ 019-2371229 for appointment & consultation on early education*

Happy Watching,

Friday, July 24, 2009

Its Proven! Your Baby Can Read!!

* entry ni aku masukkan sekali pada tarikh yang sama aku masukkan dalam blog personal Qarissa coz I'm so happy & proud with my baby's achivement. Walaupun ini bukan kali pertama dia beraksi sedemikian, tetapi apabila aksinya dapat dirakamkan di dalam bentuk video, ia adalah sesuatu yang membuatkan aku sangat berbangga melahirkannya! Seperti yang selalu aku katakan malah nama blog ini pun - All Babies Are GENIUS! dan sesungguhnya ia adalah BENAR. Semoga video ini dapat memberikan inspirasi kepada para ibu bapa di luar sana sebagaimana aku menonton video anak-anak yang lain di You Tube sebelum ini. Dan aku juga tak sabar ingin melihat video anak-anak para bloggers yang lain jika ada, Jangan lupa kongsikan bersama kerana anak-anak ini sangat menginspirasikan!! *
*****************************************************

Huiyyoooo..Jumaat yg paling happening dalam hidup aku!! Inilah Hadiah Hari Lahir untuk aku yang paling bermakna!! Esok, 25 July 2009 b'day aku yg ke 29 dan Qarissa dah bg hadiah yang paling bermakna untuk Mummynya!! Tq sayang!! Aku rasa aku pernah bgtau korang yang aku plan nak ambik video Qarissa tengah buat READING TIME guna software Little Reader dalam entry sebelum ni kan.. tapi setakat hari ni blum tercapai sebab aku leka ngan dia depan PC time buat reading time tuh + kena ada org tolong ambilkan video sementara aku pegang Q. Hubby aku kerja, Nor plak tak pandai amik video. Kalau amik gambar tu oklah. Bila malam lak, time wat reading time, aku nih terhover seksi plak pakai baju time ngajar, sungguh tak sesuai laki aku amik video weiiii!! Jadi, selalulah tergendala rancangan nak ambik video tu..

Gaya yang sungguh poyos tapi aku suka!! Bijak anak Mummy!! Tengah taip apa tu nak??

Dah memang rezeki aku hari ni, menjelang umur Qarissa 13 bulan dua hari lagi (26 July 09), aku dapat rakamkan aksi membaca dari si bijak ni. Aku tak terpikir pun nak ambil video Q tengah membaca. Aku plan nak ambik video yang Q dah pandai buat action sendiri bila aku nyanyi lagu Pat A Cake. Kiut sgt bila dia "pat" perut dia yg gemoookkk tu tau! Tapi member cam tak minat jer, asyik lari sana sini. Memang masa tuh baru lepas buat reading time for afternoon session. Si Qarissa ni kalau aku tunjuk Little Reader tuh, dia mmg asyiklah nak tgk aja, takmo berhenti. Kengkadang bila Nor ambil dia untuk bawak turun bg sarapan (lepas wat Reading Time session pagi) dia akan merengek-rengek tak puas hati (tapi senyap pas nampak fish frame yang tergantung kat dinding masa nak tangga, sebab Nor selalu tunjuk, wkakaka..jadi distraction sket, tak sempat nak nangis ..dah teruja tgk fish!!)

Tekun melihat LR video

Then, tengah-tengah dia tergelek-gelek depan Lappy aku tuh, aku pun tetiba rasa nak rakam aksi dia tgh wat reading time. Aku risau dia akan tolak-tolak Lappy tuh ..(kalau korang tgk video ni sampai habis, memang ada part dia tolak Lappy, aku tolak balik ke atas pelan2 ..takut jahanam Lappy aku noks.... baru beli tuh ..hutang pun tak habis bayar nih...wkakakak...). Aku tgk dia berdiri dengan stabilnya as if aku nak bukakkan that Little Reader for her. Aku pun teruslah bukakkan dan rakamkan aksi dia. Ada few videos yang aku rakamkan, semua aksi dia memang teruja, wkakaka...tapi yg video ni best sebab boleh dengar dia bercakap sekali. Seronok giler aku!! Selalunya selama ni, mana-mana perkataan yang tak boleh di buat "actionnya", dia asyik mengangguk jer bila tgk the words, sumtimes jer dia kuarkan suara emas dia tapi ntah apa angin dia hari ni, dia sebut plak few words.. Memang rezeki aku lah dapat rakam wei.... Seronok gilerrr!!

Mata tak kelip masa reading time tau!! Fokus bukan main!

Aku rasa dia teruja tahap dewa sebab ni first time aku biarkan dia berdiri sorang-sorang depan PC sambil lepuk-lepuk Lappy aku kot. Selama ni kan aku peluk dia bila wat reading time. Takut aku kalau dia tarik-tarik Lappy tu. Tapi kali ni, aku terpaksa biarkan sebab sebelah tangan dah pegang kamera, sebelah lagi duk tekan mouse utk ke next page. Bermaharajalela lah si kenit tu!! Tuh yg over excited kot. Wakakaka...

Antara words yang korang leh dengar dia cakap cam "eye", "ear" dan "duck". Yang lain tu, dia buat aksi @ pegang mana-mana bhg badan dia & dia akan tenung words & gambar tuh macam nak makan!! Siap tunjuk-tunjuk semua kat skrin! Hehhehe..Concentrate sungguh!! Tak sabarnya aku nak tunggu masa Q pandai sebut semua perkataan ni. Teruja sangat!! Memang tak sesia lah aku Play & Learn ngan dia kat rumah selama ni. Alhamdulillah, syukur sangat tgk perkembangan Qarissa. Aku rasa semua family & kawan-kawan blogger @ non blogger pun akan tumpang gembira tgk aksi dan "kegeniusan" anak aku nih.Ceh ...puji diri sendiri plak.. perasan!! Eh ..baguslah perasan untuk kebaikan kan kan kan ...!! Buat aku lagi semangat nak mengajar Qarissa.

Antara action words yang paling dia suka tgk dan suka buat aksinya! Aksi JUMP pun dia suka buat tapi dia tak pandai jump lagi, jadi dia wat action bongkok badan cam nak jump tapi tak lompat! Wakakak..Kiut jer terbongkok2 ..Selalu aku yg tolong jump kan dia & she will smile lebar2!

Aku harap korang pun akan semangat juga nak ajar anak masing-masing membaca bila tgk video ni. Baby memang GENIUS wei...semua baby GENIUS!! Dulu masa takder anak, aku percaya jugak tapi takder tempat nak buktikan fakta tu, yer lah, Q belum lahir kan, tapi lepas Q lahir, aku mmg semangat nak tgk hasilnya bila kita bg yg terbaik untuk anak kita dan walla!! I'm a proud mother of my little Angel Qarissa now!! Syukur alhamdulillah...

Pada aku, korang sumbatlah apa ilmu pun, the babies can save it in their mind tau! Repetition is very important. Repeat, repeat & repeat sampai they fully absorb coz baby tak pernah borink!! Dulu aku baca dan tengok video anak orang, walaupun Q memang dah pandai buat perkara tu sejak dia tgk Little Reader tu, tapi selagi tak rakam, tak rasa umpphh tau!! Sebab takder bukti. Takut plak orang kata, aku nih pandai cakap jer ..bukti tak bagi.. Hahahah..skang, aku dengan bangganya menayang gambar video anak aku tengah membaca! Happy..happy ..happy ...! Tak sabar nak tayang kat family aku & my hubby!!

Dah jatuh terduduk pun sanggup bangun balik to continue reading! Bravo Qarissa Darling!!

Mehlah kita kongsi kegembiraan aku di hari Jumaat yang indah ini dengan melihat anakku membaca!! Terima kasih Tuhan ..I'm so happy with this precious gift. Amin....Tak lupa padaLittle Reader, yang menjadi salah satu dari alat bantu untuk aku mengajar Qarissa. Tak sesia pelaburan aku! Dan aku akan pastikan, semua alat bantu yg aku beli dan invest, akan digunakan sebaik mungkin, so Qarissa dapat benefitnya!! Insya Allah...

My Qarissa Can Read!! Aksi Qarissa menjadi RAJA di depan Lappy!!

*feel free to contact me, Watie @ 016- 2033340 for appointment & consultation on early education*

Happiest Friday In My Life,

Wednesday, July 22, 2009

Learning Activities For 1 Year Old Baby

Today, I would like to share an article I've read from this wonderful web - http://www.associatedcontent.com/ about activities that we can do with our little child. Qarissa is going to be 13 months tomorrow & sometime, i'm lack of idea what to play with her. Wakakaka.. So, this is a very good article to share with uols so that you can practice this activities with ur love ones @ home.... Happy reading!!

From today onwards, I will share with uols the related articles I've read on the net here @ my GBOB Blog so that we can share the ideas. Thanks to the internet!! It makes my life much more easier!! Hehheh..

**************************************************************************************

So you have taken the plunge and decided to stay at home with your one year old child. Now, what? Here are some activities you can do with your child that will facilitate learning as though they were in a preschool environment. At this stage in life, children are learning how to walk, and their vocabulary is increasing everyday . Developing hand-eye coordination is important at this point, so you will want to do things with them to help them strengthen skills in those areas.

Games to play at this stage of life include: Peek-a-Boo, Patty Cake, and "Where's the Baby?". Hide the baby under a blanket or cover them with a towel and ask where the baby is. Move the towel or blanket, say, "There s/he is!", and laughter will surely ensue. (memang best main game ni, Qarissa mengekek-ngekek gelak, dia plak nak Peek A Boo kan kita! Wakaka...)

Focus on speaking to the child as though they can understand you. Using baby talk will only hinder their vocabulary; (jangan cakap pelat dengan anak tau@ Cakap jer dengan bahasa yang biasa!!) the more you speak to them as though they understand adult words, the better they will speak to you in the end.

Turn every part of the day into learning. Say the names of body parts as you wash them during bath time. Soon the child will be able to point out parts of their body on their own. Some good toys to have at your disposal are blocks, shape sorters, and simple puzzles. Count the blocks with the child as they play with them or when you put them away. Even though they will be a while before they can count with you, it will help them later. Tell the child the shapes as they put them in the sorter. Ask the child to point out each shape. Soon, they will not only be saying each shape, but will know which one is which and right where it goes into the box.

During meal times, tell the child what color the food is that they are eating. Point out colors of everything around them and soon enough they will be able to identify colors, and even tell you a favorite. Always talk to your child. You can never say too much, and anything is sufficient. The more they soak in the better. Reading to your child is still just as important as it has been up to this point, and you should continue to do so frequently. Take suggestions from your child as to what you should read, even if it is just a point or a giggle.

Following these suggestions will set you up for an amazing year of growth, and get you ready to get into some more engaging activities for when your child turns two. Stay tuned for more suggestions for more learning activities for children aged 2-4.

*feel free to contact me, Watie @ 019-2371229 for appointment & consultation on early education*

Lets Play & Learn,

Tuesday, July 21, 2009

Learning While Shopping - for FREE!!

Hari ni aku nak kongsikan few tips dengan semua parents. Mungkin ada yang dah buat this activities, congrats to uols. Untuk yang belum buat, bolehlah cuba this activities. Memang menarik, anak pun seronok dan yang penting, ianya PERCUMA!! Tak kuar sesen pun, cuma penat "air liur" je. Hehheeh. Tapi sekurang-kurangnya, anak kita dapat ilmu percuma dan kita pun kuranglah sket mengumpat kan ..Wakakaka...

Aku selalu buat this activities bila ke TESCO. Memang selalu shopping barang dapur kat sana sebab tuh jer yang paling dekat dengan rumah. Bila sampai TESCO aku akan masukkan Qarissa dekat trolley TESCO. Dia memang suka duduk kat situ sebab lepas dia duduk, aku akan start main ngan dia. How??

Gambar hiasan - masa shopping kat IKEA. Time nih Q kecik lagi. Nampak kan dia gemokk sket?

Aku akan tolak dia laju-laju sambil cakap, "Mummy kejar Icha, Mummy kejarr..!!" dan Qarissa akan menendang-nendang kesukaan sambil gelak-gelak gatal. Yang comel lagi, dia akan cuba grab baju aku melalui ruangan kosong kat trolley tu. Memang ramai org tengok tapi aku wat muka tak malu. Peduli hapa, janji anak aku suka. Hehhee..

Then, sampai jer kat bahagian Buah-buahan & Sayur-sayuran, mulalah sessi pembelajaran we all. Aku akan tunjuk SEMUA buah-buahan yang ada kat situ pada Qarissa sambil sebutkan namanya dalam Bahasa Melayu & English. Aku bagi Qarissa rasa & pegang buah-buahan tuh (kecuali yang pedas cam cili, sesia jer dia melalak kang ..ahahahh..), mmg nampak sangat Qarissa gembira & teruja nak pegang semua buah-buahan & sayuran tu. For me, selain dari mengenal nama buah-buahan & sayur-sayuran, ia juga adalah satu aktiviti stimulation yg sangat bagus, sebab baby dapat pegang dan rasa sendiri tekstur buah & sayur yang berbeza. Ada yang sejuk macam broccoli, ada yang tajam cam durian dan macam-macam lagi. Aku ulang 2 - 3 kali sebutan setiap buah & sayur. Tekun jer Qarissa melihat sambil sibuk nak pegang sama.

Memang aku perasan ia memudahkan aku untuk buat homeschooling with Qarissa especially bila tunjuk flash card. Bila time flash card, aku suka borak-borak ngan dia. Tolak tepi lah kan, dia paham ker tak masa borak-borak tu, yang penting aku borak, sebab aku percaya sangat dia paham the conversation. Hehehee..
Hahahha...Tempat sangkut baju menjadi mangsa sebab Qarissa nak kuatkan muscles!! Wakakak..Muka poyo jer konon penat sangat lah tu...

Masa sessi flash card tuh, aku akan remind kan Qarissa tentang apa yang berlaku masa kat TESCO. Aku akan cakap something like this, "Ingat tak kita tgk this fruit kat TESCO Qarissa ? Its banana Darling. BANANA". Then aku akan continue dengan buah-buahan & sayur-sayuran yang lain. Memang ia membantu sessi pelajaran tu sebab Qarissa cam dah kenal that fruits & vegetables cuma dia tak tahu sebut, jadi dia ambil the correct flashcard.

So, aku suggestkan untuk parents yang belum buat this FREE Activities, bolehlah cuba dan praktikkan pada anak uols. See the result & share with me ok?? :) Sapa yang dah cuba, bolehlah tinggalkan komen whether it works on ur toddlers or not yerk!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Happy Learning,

Monday, July 20, 2009

Product Review - Disney First Look & Find Book

Lepas balik dr Gymboree 2 minggu lepas, aku singgah ke MPH di Bangsar Village. Memang MPH ni berdekatan dengan Gymboree. Aku suka jalan-jalan tgk-tgk apa yg patut untuk dibeli for my little Qarissa. Tak sabar btol nak tunggu dia besar dan pandai cakap. Boleh main education game sama-sama.Hehhe..

Aku terjumpa this book & after membelek-belek, aku sangat tertarik dengan buku ni. Walaupun besar untuk Q pegang, tapi aku beli jugak. Hheheh..Takut by the time dia besar, aku carik balik dah tak jumpa plak kang, baik aku rembat dulu. Hehhe..Sebab buku ni quite different dr buku-buku bacaan yang lain. Tajuk nya - DISNEY First Look & Find.

Muka depan yang tebal, ada sponge, keras & bewarna-warni serta ber blink-blink utk menarik perhatian kanak-kanak.

Apa yang bestnya buku nih?
  • Bukunya jenis kulit keras, dari luar sampailah dalam. Semuanya keras. Jadi boleh tahan lama.
  • Warna dalam buku ni sangat menarik dan ceria untuk anak-anak tgk. Princess dia semua lawa-lawa & kualiti warna nya tinggi.
  • Kulit dia tebal macam ada sponge dan ada blink-blink yang timbul. Aku mmg suka this kind of books sebab nak stimultae deria rasa tgn Qarissa. Memang aku selalu ambil tgn Qarissa dan usap-usap kat kulit buku tuh sebab nak bg dia rasa the tekstur
  • Dia bukan hanya buku cerita yg biasa tetapi ada juga aktiviti yang merangsang minda.
  • Kita boleh buat aktiviti ni bersama anak kita. Very simple & fun. Walaupun Q baru setahun 3 minggu, aku tetap tunjukkan dia & borak-borak with her pasal aktiviti ni. Its too early untuk ajak dia main sama in the aktiviti but i just try my luck. Yang penting Q suka belek buku. Tu yang penting, Tanamkan sifat suka & cinta pada buku sejak kecil. Seriously, aku dah nampak hasilnya. Q memang tak boleh tgk aku atau Nor pegang buku! Dia mesti nak pegang sama. Hehehe..nanny Q, si Nor selalu bgtau, bila setiap kali dia baca buku, Q akan ambil any book & pretend to read. Dia selak-selak buku yang dia tgh pegang. Hehhee..So cute ..
Apa aktivitinya ?
  • Selain dari membaca, kita juga boleh mencari benda tersembunyi. Kalau korang tgk gambar yg aku attach ni, setiap page dalam buku ni ada cerita tersendiri. Kalau anak dah pandai baca, kita galakkan dia untuk baca arahan dalam buku ni dan cuba suruh anak translate balik dalam bahasa Melayu @ bahasa ibunda. Secara tak langsung, kita polish anak kita untuk bertutur dalam 2 @ 3 bahasa.
  • Then, kita suruh dia cari gambar di sebelah kiri (dalam kotak putih tu) dan cari gambar yang serupa dalam page tersebut. Ini dapat meningkatkan tumpuan mata & fikiran anak kita. Stimulate in a fun way. Jangan lupa PUJI bila dia dapat cari gambar yg sama!! Kalau nak lagi best, kita leh wat game macam "Sapa cepat dia menang". Kita kira sampai 3 dan cepat-cepat tunjukkan gambar yg sama. Sapa tunjuk dulu dia menang. Tapi kita try lah pretend yang kita tak nampak the same picture & bagi anak kita menang. Kenalah berlakon sket kan..Hehhehe..jadi anak wayang. Bila kita bg anak kita menang (Make it real & bukan nya dengan cara fake hokayy..heheh) dan kita puji kecekapan dia sambil tepuk tangan, anak kita akan rasa bangga dan secara tak langsung, meningkatkan keyakinan dia untuk bertindak lebih aktif dan jadi lebih cemerlang. Kita semai perasaan yakin diri jadi anak kita tak rendah diri bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah yang lain. Sekali-sekala kita pula yang menang, supaya anak kita rasa yang ada pertandingan kat situ. Kalau kita asyik kalah jer, nampak na yang kita nih purposely nak bg anak menang kan ..nampak sangatlah kepura-puraannya .. Hhehehe..Thats the game shud be lah i rasa. Hishh..bila lah nak main ngan Qarissa cam ni kan ..Mesti best! Hehhe..takper-takper ..i share with uols dulu, nanti dah tiba masanya, i pulak main ngan Q .. hmm...
  • Kita juga boleh buat aktiviti sendiri dengan jadi lebih kreatif. Mungkin kita boleh suruh anak kita tunjukkan mana fish contohnya, ada berapa ekor frog, kita boleh tanya frog in malay apa maknanya, apa yang sedang Prince Eric tu buat, berapa ekor duck yang ada, dan macam-macam lagi. Try to be creative as much we can. Yang penting adalah komunikasi 2 hala. Sebab this is the way untuk kita rapatkan hubungan antara ibu @ bapa dengan anak. Dari sini juga, mungkin anak kita akan rasa rapat dengan kita and start to share whatever in their mind.
  • Buku ni ada dalam 6 - 7 muka surat yang berbeza ceritanya. Aktiviti yang utama adalah mencari benda tersembunyi tetapi seperti yang aku katakan di atas, kita perlu menjadi kreatif dan maksimumkan penggunaan buku ni sepenuhnya. Di muka surat akhir buku ini, ada juga cadangan-cadangan untuk kita memaksimumkan penggunaan buku ini selain dari mencari benda tersebunyi. Jadi, kita boleh mendapat sedikit idea on how to maximize this book!
Contoh salah satu muka surat & aktiviti dalam buku ni. Semuanya berasaskan cerita dalam DISNEY PRINCESS. Semua watak ada. Gambar di dalam kotak putih sebelah kiri itulah yang kita mesti cari dan padankan dengan gambar di dalam page tersebut.

Kelebihan lain untuk kanak-kanak & harganya?
  • Seperti yang korang boleh tgk di belakang buku ini, ada diterangkan dengan jelas, apa yang toddlers boleh buat. They can search, point & match. They also can make comparisons and discover concepts such as size, shapes & colors. They can follow simple directions and can read book alone!
  • Pada pendapat aku, buku ni amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan ke atas sampailah 7 tahun. Kat belakang buku nih kata this book selamat utk kanak-kanak berusia 0 months +. Mungkin kalau anak kita masih kecil, kita pegangkan this book & borak-borak with our baby. Biar mata baby kita tgk all the colorful pictures. As soon as they can understand simple instruction and start talking, kita dah boleh galakkan anak kita bercakap dengan memberikan buku ini untuk bermain bersama-sama. Kiranya, kalau anak bercakap pun tak sia-sia lah . Bukan cakap kosong. Hhehehhe..Tapi, aku yg dah berumur nih pun suka cari benda tersembunyi. So, aku rasa sesapa pun boleh memiliki buku nih kot, walaupun takder anak. Wakakak..Sendiri main lah...tapi kalau buat hadiah time b'day, mesti lagi best. Parents yg dapat mesti happy!!
  • Harganya pula, cuma RM 34. 90. MPH sometimes buat warehouse sales, if ada, kita boleh dapat up to 30% diskaun. But, i cant wait to have it plus i tak tahu bila ada sales & whether time sale to ada diskaun atau tak. So better aku beli siap-siap. Heheehe..
Pandangan belakang buku beserta harga.

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Happy Searching & Playing,

Friday, July 17, 2009

Little Reader: Alat Bantu untuk Mengajar Bayi Anda MEMBACA!!

* untuk menjimatkan masa, sebahagian "bebelan" aku nih dicedok dari blog personal Qarissa*

Pernahkah anda dengar tentang Little Reader? Terus terang, aku tak pernah tau tentang kewujudan Little Reader sampailah aku tgk kehebatan Baby Felicity "membaca" di kala usianya 1 tahun 2 hari. Sungguh mengagumkan dan sejak itu, aku nekad untuk memberikan yang TERBAIK untuk Qarissa. Aku nak anak aku bijak sama macam Baby tu. Siap boleh karaoke masa umur 2 tahun setengah weii! Sungguhlah power. Memandangkan aku nih gila karaoke, memang haruslah aku suh Qarissa cepat-cepat MEMBACA agar dia boleh join aku di Red Box nanti. Wakakaka...dia nyanyi lagu nursery rhymes, aku nyanyi lagu Stacy!! Hahahhaa...

Interface Little Reader

Lepas tengok video tu, aku terus buat searching dan akhirnya terlanding ke website yang berkaitan. Terus join secara PERCUMA dan surf all the content selama 3 hari tanpa jemu, download semua FREE Presentation Programme yang diberi, tunjuk kat Qarissa setiap hari, tak boleh tidur sebab pikir nak beli ke tak nak dan akhirnya ....AKU BELI sebab its a LIFETIME Programme yang sangat berbaloi. Aku beli sekali dengan Little Math. Tapi nanti ak asingkan cerita Little Math nih ok...

Video 1: Baby Felicity @ 1 year 2 days age.

Untuk sesapa yang tak tahu, LR ni adalah satu alat bantu mengajar bayi & anak-anak anda MEMBACA. Kita beli license dari the company & download the software kat PC @ Lappy. Satu license boleh download kat 2 PC. Sebelum di upgrade, dia takder COURSE. Kita boleh buat sendiri subjek-subjek yang kita inginkan @ amik subjek-subjek pilihan yang kita nak melalui file download yang disediakan dalam FORUM nya. Parents di seluruh dunia akan share the file yang dorang buat dalam FORUM tuh, dan kita boleh upload the file. So tak yahlah kita buat sendiri file yang mungkin akan amik masa. The best thing is - KITA BOLEH AJAR ANAK KITA SEGALA BAHASA YANG ADA DI DUNIA INI!! Sebab all the parents dari all over the world kongsikan file-file yang mereka create utk anak sendiri, jadi they teach their baby macam-macam languange & share dalam FORUM. Setakat ni aku dah download certain2 subjek dalam French, Spanish, Jepun & Mandarin. Tapi, kalau nak buat subjek sendiri pun bagus juga. Kita boleh share dgn parents lain & dapat points (dulu, sebelum upgrade. Sekarang tak dapat lagi, sampailah ada 100 org download subjek @ file yg kita htr, then baru dapat point yg banyak sekaligus) yang boleh kita kumpul dan tukarkan dengan kupon untuk beli other products yang syarikat tu rekomenkan. Jadi, aku banyak habiskan masa mendownload semua file-file yang parents share dalam tu. Ada jugak aku send few files yang aku create sendiri. Memang best lah, sampai aku leka dengan mender tu jer setiap hari. Sekarang bila dah ada COURSE, lagi best & senang kerja kita, sebab COURSE dia ikut semester. Macam contoh, SEMESTER 1 ada 130 hari, maknanya ada 130 lesson yang diajar. Kita just bukak jer software tu sambil pegang anak kita & encourage them to speak & read macam apa yang dia dengar dalam subjek tu.

Video 2: Baby Felicity @ 1 year 6 months

Software ni disertakan dengan voice recorder di mana kita boleh rekod suara kita dalam ni. Kita boleh add, edit & delete as usual. Jadi, aku rekod suara semua family aku dan buat subjek khas utk Qarissa supaya dia meengenali ahli terdekat keluarga kami dengan lebih baik & tak cranky bila ada majlis keluarga. The result is tremendous!! Aku mainkan subjek yang aku ciptakan khas iaitu "Family Phrase to Qarissa " everyday setiap kali READING TIME.Dari sinilah Qarissa belajar sebut Daddy (Addy) & Mummy (Ami). Asyik lah dia mengangguk-angguk setiap kali software tuh keluarkan suara. macam paham jerr!! Hehhe.. Semua action words macam kick, point, stand, sit, laugh, smile, clap dan banyak lagi dia belajar dari LR nih. Bagus LR nih sebab approach dia bukan macam flash card biasa. Dia ada Word Flash, Multisensory, Picture Flash, Patterns Phonics & siap ada Video lagi. Jadi baby & anak-anak kita dapat menstimulasikan semua sensory dia. They can hear, buat action & sebutkan kembali apa yang dah di beritahu dalam software tu. Korang leh tgk the video yang sempat aku rakamkan masa buat READING TIME dengan Qarissa. Secara tak sengaja, kebetulan ada camera in hand.

Video 3: Baby Felicity @ 2 & 1/2 years

Aku perasan, bila lama-lama Q tgk subjek dlm software tuh, memang dia paham & try to do the action @ sebut sesuatu perkataan tu. Kalau korang perhatikan betul-betul video nih, Mak aku (nenek Q) ada cakap, "Qarissa, nenek love u....Hahhaha" dan mak aku memang gelak tau! Qarissa pun ikut gelak sama!! Kelakar jer masa mula2 aku dengar. Memula aku nak delete part gelak tuh, sebab boleh edit, then tak jadi sebab aku rasa unik, so aku biarkan. Tak sangka plak si Q suka & try to imitate the part. Macam fake pun ada gak wei! Hhaha...Saja nak jaga hati mak aku kununnya, dia pun bantai gelak! Haahahaa..so cute. Sekarang ni, kalau gi mana-mana, sesiapa yg tau aksi Q, mesti suruh aku cakap that word to Q semata-mata nak dengar Q "gelak fake!" Wakaaka.. Tapi serius, memang chomel sgt!! Then korang pun leh tgk dia angguk-angguk dan sebut .."Eyyyy" bila dengar suara Daddy dia dalam tu..

Tapi dalam video nih, aku rasa part paling KELAKAR adalah part akhir, start dari 2:20 sampai habis.. Memang lawak giler coz Q keep on nodding her head bila aku tanya suka tak, nak lagi ker, sampai aku pun tergelak sama! Habis dia henjut-henjut paler wei!! Siap tepuk tangan, babai aku dan kelip-kelip mata kemain lagi...Lawak ah Q nih.. Tapi You Tube ni kengkadang suka sangkut-sangkut. Aku tgk pakai Google Chrome & selalunya bila first time play, dia akan sangkut2 sikit. Just biarkan sampai habis & try to play again for the 2nd time. Kali kedua play baru tak sangkut.

Sekarang ni, memang READING TIME adalah aktiviti wajib we all. Tuhan jer tahu betapa happynya aku bila Qarissa tgk my Lappy sambil buat macam-macam action everytime the words pop up. Kengkadang, the software baru kuarkan word, belum keluar suara lagi, tapi dia dah buat the action. Aku rasa seronok giler beb!! Bila time smile @ laugh, dia pun akan gelak sama sebab ada video the baby tgh smile & laugh, so she think that the baby laugh & smile at her lah. Aku cuma peluk Q sambil bisikkan pelan-pelan the words kat telinga dia. Aku ikut balik apa yg software tu cakap, jadi dia boleh dengar dengan jelas coz sumtimes, the words yang keluar tak berapa jelas, macam "Sit", kengkadang dengar as "It", maybe its due to may Lappy kot tapi tak lah selalu. Lagipun, best rasanya bila join sekali ngan Q time Reading Time ni. Dia paling suka video Peek A Boo yg ada dalam ni.

Pada parents yang nak tau lebih lanjut pasal this Little Reader, boleh klik SINI. Aku suggestkan korang join FORUM dia, sebab memang banyak info korang leh dapat PERCUMA. Then, kalau korang aktif lagi bagus, coz setiap kali korang reply atau buat thread baru, korang akan dapat point, then boleh kumpulkan point tuh sampai cukup untuk trade dengan apa-apa produk yang ditawarkan. Jadi, tak sesialah korang share all the info coz they appreciate all your comments. First time lah aku nampak such FORUM wat camni. Very impressive. Korang register pun dapat point tau! Banyak mak bapak from all over the world kongsi pengalaman dorang pasal early education kat sini. Banyak jugak yang korang leh DOWNLOAD FREE sebagai permulaan untuk ajar anak korang. Sebelum aku beli this software, aku download semua yang FREE presentation & tunjuk kat Qarissa. Suka giler dia wei, sampai tiru bunyi binatang tuh! Hehehe..Tu yg buatkan aku nak beli the software. Memang keputusan & pelaburan yang sungguh BIJAK aku rasa! Hehhe..

Sekarang, sejak dah upgrade nih, team LR ni ada buat 14 hari FREE TRIAL. Korang akan dapat rasai sendiri how it works TAPI, aku dengan sesungguhnya suggestkan korang untuk manfaatkan 2 minggu tuh betul-betul. Pulun habis-habis. Sekali main 4-5 kali pun takper. Cari masa yang korang boleh luangkan 2 minggu straight utk ajar anak korang. Download the subject yang bagus-bagus sebab dorang bg access the Brillkids Premium Download Content ni dlm tempoh 2 minggu tu. Buat READING TIME ACTIVITIES ni everyday, utk tgk perkembangan & reaksi anak korang terhadap this produk. Jangan buat separuh-separuh atau sekejap-sekejap. Sebab nanti habis 2 minggu, dah tak dapat nak try lagi, unless guna PC & akaun baru. Dalam Trial Version nih, dia dah siap-siap pre installed 1 week kurikulum. Aku pun tak pasti camner rupa bentuknya sebab tak pernah lagi try Free Trial ni. Maybe if korang dah wat, leh share ngan aku camner Free Trial ni berfungsi.

Dah banyak aku membebel nih, mehlah kita layan video si Qarissa & Her Litte Reader nih plak yerk! Hhehehe..

Qarissa Yang Sakan Tgk LR. Part paling best start from 2:20. Hangguk bukan main. Kalau sangkut-sangkut, korang tgk pakai Google Chrome & let it play 1st round, then tgk lagi for 2nd round. Aku try wat camtuh, the 2nd round cun! Tak sangkut-sangkut.

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Happy Sharing,

Thursday, July 16, 2009

Stimulation For Your Child: 2 Years & Above

Hari ni, aku nak share video stimulasi yang sangat menyeronokkan untuk ditayangkan kepada anak-anak korang yang berusia 2 tahun ke atas @ if anak korang dah stabil jalan, lari, bangun & duduk, then boleh jugak try. Untuk anak aku, tak semua dia boleh buat. Maklumlah, kaki pun baru dapat, jalan pun tak stabil lagi, kengkadang aku nak gelak tgk dia, sebab kengkadang dia jalan cam menyenget sikit dan kengkadang gear terlebih laju.Wakakaka..tapi aku tak pernah pujuk dia bila dia jatuh. Selalu aku buat tak tahu @ tak nampak jer, dia akan bangun & melangkah kembali. Unless kalau mmg tergolek dogg & kita boleh nampak mmg sakit, then only aku kelam-kabut amik dia balik. I think thats the best way lah, sebab kalau asyik nak sambut anak yg baru belajar berjalan dr jatuh, susah dia nak berkembang maju. Tuh pendapat aku lah kan .. heheh..Pada aku, biar dia rasa susah nya nak belajar berjalan. Dan itu akan buat dia lebih ada effort utk terus berusaha. So far so good. Dah tawaf haji dah satu rumah nih. Hahhaa..


Video "Bounce With Me!"

Video ni aku dapat dr FORUM Little Reader tu. Memang aku dah bagitau kat korang semua that the FORUM is so good kan? Aku mmg rekomen kat semua parents utk join that FORUM sebab banyak yg dorang kongsi bersama. Very useful tak kedekut. Yang paling seronok, apa sahaja yang korang buat, korang akan dapat point, korang join dapat point, balas thread dapat point, buat thread baru dapat point, buat file dapat point, refer kat member dapat point, dan semua point-point nih boleh korang tradekan dengan apa2 produk yang dorang jual dalam online store dia. Tuh yang best. maknanya, apa yang korang buat tuh berbaloi. Ia menjadikan forum tuh lebih aktif dengan informasi-informasi yang berguna untuk para ibu bapa.

Katakan lah anak korang dah stabil berdiri & duduknya, bolehlah korang ulang tayang this video pada dorang. Lebih baik korang join sama. Lebih afdal. Aku sangat percaya yang kalau mak-bapak pun sama-sama involve dengan aktiviti anak, ur children will be better, lebih genius lah org kata.Dan aku memang dari dulu suka this kind of stimulations- involves all aspect. Nyanyi sambil action & learn new words. Bukan nyanyi suka2 atau nyanyi "kosong" org kata.Aku tak berapa gemar kalau belajar dengan cara yang serius especially utk kanak-kanak. I always believe that with this approach, our baby lebih senang untuk tangkap maksud sesuatu perkataan dan otak mereka akan lebih cepat berfikir. Tak sangka pulak apa yang aku rasakan tuh memang SANGAT BETUL. Bila aku baca the info yang di attachkan sekali bersama video nih, barulah aku tahu rupanya pakar juga mengatakan perkara yang sama. Memang betul kalau kanak-kanak didedahkan dengan this type of approach semasa mengajar, hasilnya akan lebih baik. Ada aku attachkan the info. Korang boleh baca kat bawah ni...

So, to all parents who watch this Video, bolehlah korang buat stimulasi @ aktiviti nih bersama anak-anak yer. The more we stimulate them, the better they will be. Its Fun & at the same time, they learn something new. English yang digunakan sangat jelas & proper, bukan semborono tau. Memang best. Aku tak pastilah mana nak dapat the actual DVD @ Malaysia ni. Nama dia Zippy & Me! DVD Interactive Learning Programme.If sesapa tahu kat mana-mana ada jual, aku harap lehlah korang kongsi dalam ni. AKu memang nak beli sangat. All this while, aku tak perasan adanya this tittle kat mana-mana shopping complex. If ada, memang best, sure aku akan beli punya siri dia! Hhehee...Takperlah, buat masa ni, aku guna You Tube dan tunjuk kat Qarissa guna Litte Reader jer, janji dia dapat tgk. Hehehhe..

Ada 4 Video semuanya, so, happy watching & get yourself bz by following all the action dalam nih ok!! here is the info pasal the product & what the expert say...:

" Here’s been a lot in the news about babies and children watching TV, movies, and videos. You’ve probably noticed that there’s a new wave of movies and videos geared specifically to babies. Keep in mind that there’s a big difference between actively engaging your child in a learning experience and simply exposing them to it. There are a lot of great video programs on the market for babies and children. Some of these baby and children movies and videos encourage learning through “passive exposure,” where children simply sit passively and watch images set to classical music. Experts agree that WITHOUT tactile stimulation or adult’s physical involvement, there’s less sensory input and the risk of slower development.

Unlike other DVDs, video, or television programs, Zippy and Me! helps you create a complete, fully integrated age-appropriate learning environment that stimulates your child’s cognitive, motor, social, and language development. Zippy and me! DVD interactive learning program is an active learning system that, through interactive, one-on-one playtime, strengthens your bond and stimulates development of your baby’s cognitive, motor, social, and language skills.

Simply put, more sensory stimulation leads to faster development because more neural “connections” are made in your baby’s rapidly growing brain. Zippy and Me! Interactive Development Program promotes fun and learning for you and your kid."


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Best dapat main this game with Qarissa tau!!