Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, December 9, 2010

Video - Qarissa Baca Jawi

Alhamdulillah, Qarissa sekarang dah kenal hampir kesemua huruf Jawi. I have to admit yang aku tak ajar sangat Qarissa baca Jawi & frankly speaking, I feel bad about it. Aku ajar ala-ala jer.. aku tak fokus sgt.. Nak anak pandai Quran tapi maknya pun malas nak "main" ngan anak, so what do you u expect kan? Pemalas btol lah aku nih oi... hu hu ..

Tapi aku bersyukur kerana dengan bantuan VCD nasyid kanak-kanak yang ada, tau-tau jer Qarissa dah pandai dan kenal semua huruf Jawi. Aku terkejut bila one day tetiba Qarissa baca huruf Jawi yang aku bg kat dia. Memang flash card Jawi tuh ada sokmo kat rak buku dia, mak Q je malas nak tunjuk, so one day, tanpa ada harapan apa2, dan saja nak tunjuk utk test Q ingat lagi tak apa aku ajar satu ketika dulu, aku pun tunjuk lah kad-kad tuh semua. Suprisingly, dia boleh ingat semua huruf yg aku tunjuk. Yang aku tak pernah tunjuk sebelum ni pun dia sebut betul jugak! Time tuh semua perasaan ada. Happy jgn cakap lah, tapi more to rasa bersalah dan rasa cam, "Aik..mana budak nih tau huruf-huruf ni yerk? Si Nor ajar ker?" Then aku tanya Nor mana Q rahu, rupanya Nor kata, Q tahu dari VCD yg dia selalu tgk. Terharu & termalunya aku ..sebab apa yerk? Hmmm..

Sebab... dulu aku underestimate video tuh.. Serius beb, sebagai orang dewasa, memang VCD tuh boring yang amaaaatttt, balik2 intonasi lagu yang sama, memang pada aku tak berapa menarik lah ..pastu company tuh cam nak carik untung, patutnya satu VCD boleh muat Alif -Ya, tapi dia sengaja pecahkan pada 2 VCD, nak untung lebih ah tuh, hu hu .. so aku taklah suka sgt nak tgk sebab balik-balik intonasi yang sama .. aku tak expect Q akan suka. Lagipun, setiap kali bukak, Q asyiklah berjoget2 ikut apa yang kanak-kanak riang dalam VCD tuh buat. Bila aku tgk kan, I was like "Hmmm.. ni berjoget jer la ko pandai kang Q oii.. ngaji tak pandai, adoiiii!" Tapi sebab dia suka & enjoy, aku layankan jer lah ..

Tanpa aku sedari, Q bukan setakat joget2 kosong ok.. dia turut memahami dan mengenali apa yang diajar dalam video tu. Sebab tuh dia kenal dgn semua huruf yang ada. Bila kat office aku, setiap kali dia nampak Eva Board Jawi yg aku jual, dia mesti akan sebut, Alif, Ba Ta... :) Aku bila nampak Q dah kenal huruf tuh, aku jadi insaf jap. Rasa malu pun ada. Sebab anak aku kenal huruf Jawi melalui VCD, bukan melalui aku. Sejak dari tuh, aku dah merajinkan diri ajar Qarissa Iqra'. I've learned from my mistake. Mungkin aku sibuk sgt dengan GBOB Seminar & Playgroup, then LR dia, pastu banyak sgt mender nak buat at 1 time, sampai aku terkhilaf sikit.. So, skang aku rajin gak tunjuk Q flash card Iqra, aku nak ajar dia terus Aaa, Iii, Uuu, Ba, Bi, Bu dan seterusnya. Alhamdulillah, kejap jer Q dapat tangkap bila aku start ajar cara Iqra'. Aku plan nak gunakan teknik tuh untuk kelas Playgroup jugak sebab aku rasa melodi tu catchy dan budak senang nak ikut. Insya Allah aku akan buat :)

Video kat bawah ni aku rakam guna BB aku. As usual lah kan ..secara tak sengaja. Hhehehe.. Memula aku tunjuk the Jawi card, bila dia jawab betul, aku terfikir nak rakam. Camera takder kat tgn, yang ada BB jer, aku rekod lah terus.. Banyak jugak rangkaian video yg sempat aku amik dalam masa yg sama, insya Allah nanti aku wat entry satu2 bgtau apa aktiviti aku buat bila main2 ngan anak yg sempat aku rakamkan..:)

Lepas aku dapat rakam video ni lah aku rasa cam malu sikit pada diri sendiri tuh. Anak pandai bukan sebab aku ajar, tapi sebab VCD.. adoi... terkena plak batang hidung sendiri. Segan dowh... Bila aku pikir balik, sebab tu lah peting untuk kita bg anak kita tgk VCD Education, sebab ia memang terbukti membantu tau. Aku yang kerja sendiri, boleh kata 24 jam ngan anak pun kengkadang terbabas, apa lagi mak bapak yang kerja full time tuh. mesti tak banyak masa ngan anak. Sebab tuh mana2 mak bapak yg kerja full time, takleh kedekut sgt nak invest pada produk2 Education anak cam VCD, games, books dan sebagainya, sebab it really helps. Cuma kena bijak dan pandai pilih mana yg betul2 bagus supaya tak membazir.

Kalau korang dengar video ni, boleh dgr yg lenggok Q sebut tuh siap dengan idgham yang betul. She tried to follow exactly whatever dia dengar kat VCD. Sebab tuh jugak bila kita nak ajar anak, kena betul2 bunyikannya. Coz they will follow whatever they hear without an effort. Remember that our genius kiddos learn naturally tapi kita yg dah tua bangka ni learn by rules.. hehehe. tuh lah susah nya ... :)

Ok lah, takmo bebel2 lagi, korang layan ah video nih kay .. sambil2 tgk si kenit Quzayra yg enterprame kat belakang tuh.. ada gak video2 dia yg aku amik time yg sama .. nanti aku share ..:)

Qarissa read her Jawi flashcard

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*



Akan sentiasa memperbaiki diriku,


1 comment:

NM said...

wah dah pandai baca jawi..well done qarissa!