Korang pernah dengar Cak Cekok? mesti pernah kan? Jangan nak ngada-ngada tak pernah dengar. Jangan nak feeling-feeling mat salleh pulak yer. Orang Melayu kalau tak pernah dengar Cak Cekok, memang nak kena cekik namanya tuh! Hahahahha...
Tapi, aku kena akui lah, aku jarang betul main Cak Cekok ngan Qarissa dulu. Ingat lagi arwah Mak Mertua aku suka main satu rhyme Melayu, memang aku tak pernah dgr tau, tapi bila dia nyanyi, cam comel jer. Tapi aku tak pandai sangat nak nyanyi, so jaranglah aku nyanyi. Dia bunyi lebih kurang gini, "Cuk cuk ping, ping dalam cupak, mana tikus bunting, sembunyi celah ketiak!!". Sayangnya, arwah Mama pergi masa Qarissa dalam 7 bulan, tak puas lagi main ngan Oni dia, dah takder Oni tu. Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh ibu mertuaku.
Aku banyak nyanyi ryhme omputih kat Qarissa. Melayu tak sedar diri tul erk! Hehhehe. So sekarang, bila Zayra lahir, aku nak banyak cakap dan nyanyi Melayu pulak. Qarissa punya bahasa Melayu teruk giler jer rasa, takmo Zayra pun sama, so better start early. :) kang TARIK jadi TAERIK, YATI jadi YETI lagi kang ..satu hal lah pulok...Sejarah mungkin berulang!.
This Cak Cekok ryhme nih memang aku suka main dgn Zayra. Sejak dia 6 months rasanya, dia dah pandai main cak Cekok. Bila nyanyi jer, nanti tangan kiri dia pun sibuklah nak bukak dan tutup. Comel btol tau. Nak-nak tgn sebelah tak leh nak wat aksi yg sama, lagilah aku geram tgk tangan comey dia tuh! Skang dah nak masuk 9 bulan, macam-macam dah perkembangan positif Zayra.
Bukan tu jer, dia pun dah pandai buat muka kiut tau. Bila aku suruh wat muka cute, mesti dia mencemik muka dia sampai mata tertutup2. Dengan pipi yang bam-bam tuh, comel btol lah rasanya! Hehehe..Mulut pun dah semakin becok sekarang. Kemain riuh lagi kalau Zayra dah "bersuara". Nak gantikan mak dia kekdahnya! pastu dah pandai bye-bye. Siap sebut bye-bye lagi hokay! Bijak naaa...!
My Genius Quzayra!
Rasanya, semua dah biasa main Cak Cekuk dgn anak kan? Its a good stimulation, cuma lepas nyanyi ni, mungkin boleh mainkan lagu yang lain, tapi aksinya sama. Macam dulu, aku selalu nyanyi lagu nih. In fact, sekarang pun masih nyanyi. Lagu tuh camni, "Open your hand and close them, Open your hand & close them, give a little clap, give a little clap, close your hand and take a nap". Lagi ni bagus lagi dari Cak Cekuk sebenarnya, kerana ia secara tak langsung mengajar bayi maksud Open, Close, Clap dan Nap secara tidak langsung. Dalam satu lagu, anak korang boleh tahu 4 perkataan dan maksudnya. Memang Rhyme sangat ampuh dalam mengajar anak membaca dan memahami sesuatu. Alah..macam korang senang giler hafal lirik lagu cinta masa zaman skolah-skolah dulu. kejap jer hafal lagu kan. Cuba kalau subjek Sains, sampai sudah kemain susah nak hafal, kalau lagu cinta tuh, tak payah suruh, tau-tau dah hafal jer! :P. Kalau nak tau banyak lagi cara stimulasi, memang kena lah register Seminar ECE yang GBOB adakan. 3 hari 3 malam tak habis citer pasal stimulastion jer wei! Hahahahah
As usual lah kan, setiap kali pas habis stimulasi a.k.a main, jangan lupa peluk dan cium anak tau! Hadiah paling best utk anak & most important, its FREE! Untuk ibu mengandung, bolehlah berlatih nyanyi srang2 sebulum tidur yer. Nanti anak dah kuar, senang nak apply. :) Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment