- Datang sebab kena paksa dengan isteri
- Bukan sebab nak datang sebenarnya, nak hantar bini jer, tapi entah macam mana "tersangkut' pulak duk dengar bebelan si Watie nih!
- Datang dengan kerelaan hati sendiri sebab percaya dengan ECE
- Datang sebab sayang kat anak ngan isteri sebagai tanda sokongan walaupun tak berapa paham apa kebendanya ECE tuh!
Apa pun alasannya, di manapun kedudukan mereka di atas, yang pasti mereka telah datang, duduk, dengar dan lihat sendiri kepentingan ECE dan akhirnya mengakui serta bersetuju mempraktikkannya terhadap anak masing-masing. Kesimpulan yang boleh dibuat selepas selesai menyertai Seminar @ Playgroup ialah "It's an eye opener". Mata dan pintu hati mereka telah terbuka seluas-luasnya apabila menyedari hakikat betapa ECE memainkan peranan penting dalam hidup anak mereka.
Saya secara peribadi tidak menyalahkan bapa dalam hal ini. Suami saya juga begitu. Beliau menyokong, tetapi apabila semua produk ECE saya nak beli, beliau sering menegur kerana risau saya tidak akan menggunakannya. Pada mulanya beliau juga tidak nampak apa yang saya nampak, beliau sekadar mengikut arus "excited" isterinya yang seorang ini, tetapi lama kelamaan, suami saya melihat sesuatu. Beliau melihat batu permata yang saya canai sudah pun bertukar menjadi berlian! Lantas, ia 100% menukar persepsi suami saya tentang konsep ECE dan sejak dari itu, sokongannya tidak berbelah bahagi.
Sama juga kesnya dengan sahabat saya yang saya kenal melalui internet. Beliau membocorkan rahsianya pada saya semasa kami berjumpa. Katanya, dia membeli Little Reader secara diam-diam tanpa memberitahu suaminya, menggunakan duitnya sendiri. Bila saya tanya kenapa, jawapnya, "I malas nak bgtau hubby I, nanti dia bising-bising cakap macam-macam, biar I beli senyap2, I ajar anak I guna LR nih, bila anak I dah pandai membaca nanti, I nak terus tunjuk jer kat dia!" Dan, rakan saya sememangnya BENAR! Apabila anaknya mula pandai membaca, satu demi satu perkataan yang ditunjukkan itu dibaca dengan yakin dan selamba, suami kawan saya menjadi begitu excited, teruja dan dia pula yang hover mengalahkan isteri! Hahaahaha... Hambek ubat noksss.... Baru percaya kan? Baru nampak kan? Dan suaminya terus berubah pandangan 100% terhadap ECE dan terus rekomen produk LR pada rakan-rakan yg lain. Itu hanya satu contoh, saya rasa banyak lagi cth yang lain yang ada di sekeliling kita.
Memang benar kadangkala "Action Speaks Louder Than Words." Itu yang lebih berkesan. Dan apabila kebenaran terbukti di depan mata hasil usaha kita yang berterusan, apa lagi yang dapat dikatakan. Semuanya memang jelas dan terbukti. Kita tidak perlu berkata apa-apa bukan?:) Tetapi saya akui, untuk menanam rasa percaya pada minda suami yang Ortodoks bukan mudah. Kita suami isteri, kadangkala tergigit juga lidah. Bercakap lebih sangat, jatuh berdosa. Tidak manis pula kalau asyik bertengkar perkara yang sebenarnya boleh dibawa berbincang bersama. Seperti contoh di atas, tidak semua ibu mampu membelikan LR menggunakan wang poket sendiri. Ada yang mahu berkongsi bersama suami. Tetapi jika tiada lampu hijau diberikan, apa lagi yang harus di kata.
Apabila saya berhadapan dengan pelanggan yang memberitahu saya bahawa suaminya Ortodoks dan kurang memberi galakan dalam hal ECE nih, saya sering mengajak mereka ke Seminar ECE. Tanpa niat menjual Seminar saya untuk kepentingan diri semata-mata, saya sering merasakan di situlah medan yang paling baik untuk saya "brain wash" suami @ Daddy tersebut dengan cara yang paling halus berasaskan fakta dan bukan rekaan. Seminar saya mengambil masa 4-6 jam, saya tidak mungkin dapat menghabiskan waktu sebanyak itu untuk memberikan consultation pada pelanggan secara one to one. Bukan hanya saya, pelanggan juga tidak punya waktu sebanyak itu, unless kalau memang dia datang ke Seminar. They paid for it, sudah tentu meraka nak pastikan yang investment tersebut berbaloi bukan? Kadangkala, apa yang kita dapat secara PERCUMA, jarang kita menghargainya walaupun ianya sungguh bagus dan berkesan. Tetapi apabila sesuatu yang kita dapat secara sukar dan berbayar, walaupun tidak sebagus mana, kita akan menghargainya kerana kita mencari rezeki yang halal bagi mendapatkan sesuatu itu. Itulah lumrah alam. Sebab itu juga, saya seringkali mengingatkan diri saya yang pelanggan membayar saya untuk bercakap, jadi cakaplah sesuatu yang memberikan manfaat dan berguna. Pelanggan membayar saya untuk Playgroup, maka berikan sepenuh hati ketika sessi tersebut.
Saya percaya semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Tiada siapa yang mahu anaknya menjadi orang tidak berguna dan sampah masyarakat bukan? Dan saya juga sedar bahawa bukan mudah meyakinkan para suami berkenaan ECE kalau tidak penuh ilmu dan fakta. Ibarat mengajak suami bercanda ke bulan, begitulah ibaratnya kita hendak menekankan kepentingan ECE pada mereka. Tidak logik dan sekadar cakap kosong tanpa sebarang erti. Kerana apa? Kerana TIDAK NAMPAK BAGAIMANA IANYA HARUS DILAKUKAN. Bayi membaca?? Ridiculous!! Nak merangkak pun terkial-kial, nak duduk pun belum pandai, berdiri apatah lagi, berjalan jauh sekali, dah boleh membaca? Nonsense! Jangan terpengaruh dengan iklan TV yang awak tengok tu lah!! Mungkin itu yang suami kita fikirkan.
Itulah salah satu tujuan saya merakamkan aksi anak-anak saya membaca dan mempromosikan kepada dunia melalui You Tube & Blog. Tujuan saya hanya satu - Action Speaks Louder Than Words! Biar mereka lihat sendiri adakah ianya ridicilous, adakah ianya betul atau hanya helah semata-mata, adakah anak saya setakat menghafal perkataan-perkataan yang saya suakan padanya? Kalau betul dia menghafal, bagaimana dia boleh membaca perkataan "First Love" apabila saya menyuakan lagu First Love nyanyian Utada Hikaru di telefon bimbit saya sedangkan saya tidak pernah mengajarnya. Itulah pertama kali dia melihatnya di skrin telefon. Bagaimana pula dengan perkataan DIESEL, yang akan disebut Qarissa setiap kali dia melihat papan tanda bertulis DIESEL di Petronas Taman Meranti Jaya, sebelum membelok ke pejabat saya, sedangkan saya tidak pernah mengajarnya perkataan tersebut. Saya lebih menekankan PETRONAS, rasanya anda juga begitu kan? Kita tidak terfikir pun nak sebut Diesel tuh, nampak sahaja mata Qarissa tuh tau! Selepas membelok, di bacanya pula, HERO dan HAPPY HOME. Kalau benar dia menghafal, bagaimana dia tahu semuanya ini?.
Sebab itulah saya merasakan Seminar adalah langkah pertama dan medan terbaik untuk para bapa datang dan mendengar sendiri betapa pentingnya ECE terhadap pertumbuhan otak bayi dan anak-anak. Berilah peluang untuk diri anda mendengar dan melihat sendiri apa yang boleh anda bantu terhadap perkembangan minda anak. Peluang itu jugalah yang harus anda berikan pada anak anda. Jangan sesekali memandang rendah kebolehan mereka walaupun mereka masih bayi. Bayi kita adalah JUARA sejak hari pertama sperma dan ovum bercantum! Mereka adalah pemenang, biarkanlah mereka menjadi pemenang selamanya. Jangan kerana keegoan kita, anak kita menjadi mangsa. :(
Satu lagi nasihat ikhlas saya sebagai rakan (saya anggap semua pelanggan dan rakan-rakan yang singgah blog nih as my friends ..) jangan sekali-kali kita menolak @ against dengan konsep ECE ini. Walaupun sesibuk mana pun kita mencari wang sehingga tiada masa sedikit pun untuk meransang anak di rumah, janganlah kita menolak konsep itu hanya kerana kita tidak mampu melaksanakannya. Adalah amat malang bagi seorang anak yang ibu bapanya menolak @ against pada ECE hanya kerana mereka tidak mengamalkannya dan menjadikan penolakan itu sebagai satu escapism untuk menutup kelemahan diri. Jangan sekali-kali kita jadikan Sufiah Yusuf dan Shukri Hadafi sebagai penyebab utama kita menolak ECE. (yer, saya tahu ada beberapa ibu dan bapa takut anak mereka terlebih pandai dan menggunakan Sufiah & Shukri sebagai contoh "terbaik" menolak konsep ECE). Jangan hanya kerana kisah hidup mereka berakhir dengan kesedihan dan penghinaan orang, kita jadi takut pada ECE dan menolaknya mentah-mentah. Sufiah jadi seperti itu bukan kerana kehendaknya. Shukri jadi begitu pun bukan kerana itu yang dia mahu. Tahukah kita apa pengalaman yang dilalui oleh kedua anak "genius" ini semasa mereka kecil dahulu? Apa yang berlaku dan apa yang terjadi pada zaman kanak-kanak mereka dahulu? Tahukah kita bahawa zaman kecil kanak-kanak itulah yang akan membentuk siapa kita apabila dewasa nanti. Adili lah mereka berdua dengan adil sebelum kita menjatuhkan hukum. Bukan hanya Sufiah sahaja pelacur kelas atasan di dunia ini, bukan hanya Shukri sahaja penagih dadah di dunia ini. Beratus ribu lagi manusia yang tersilap langkah, kenapa hanya mereka berdua yang jadi sasaran? Maaf kalau bahasa saya kasar tetapi saya ingin tanya, Apakah kita yakin anak perempuan kita yang "tidak segenius" Sufiah itu tidak akan menjadi "pelacur kelas atasan" apabila besar nanti? Atau kita boleh jamin anak lelaki kita yang "tidak sepandai" Shukri itu tidak menjadi "penagih dadah" bila dewasa kelak? Kalau kita sendiri tidak yakin, jangan sesuka hati menuding jari dan membenci apa yang Sufiah & Shukri miliki satu ketika dulu (kepandaian & kegeniusan). Kaji dan selidik dahulu apa yang mereka lalui semasa kecil, barulah kita akan memahami kenapa tragedi itu berlaku dalam hidup mereka.
Semoga perkongsian ini akan membuka mata para bapa yang membaca dan para ibu yang sentiasa mengikuti blog Genius Baby On Board ini. Saya doakan yang terbaik untuk semua para ibu bapa dan anak-anak saya yang genius di luar sana. As I always said & believe - ALL BABIES ARE GENIUS!!
No comments:
Post a Comment