- Untuk bayi, gelak selama 1 minit adalah sama seperti mereka sedang melakukan senaman selama 20 minit! Jadi, bila anak kita gelak, ia merupakan satu bentuk senaman pada mereka!
- Ketawa atau gelak dapat menstimulasikan otak anak kita mengeluarkan sejenis hormon yang dapat menstimulasikan pengeluaran endorphin (sejenis hormon yang dapat mengurangkan kesakitan)
Mak aiii.. preggy lagi skali haruslah tgk muka baby ni selalu especially tang mata dia ..macam anak patung!
Haaaa..bestkan? Bukan senang kita nak buat anak kita gelak kalau tak betul-betul kan? Nak-nak kita dan suami nih pulak jenis yang serius memanjang. Yerlah, banyak masalah nak pikir kan .. masalah negara, masalah kewangan, masalah pejabat, masalah jiran yang suka gantung sepentot sesuka hati kat mana port yg dia suka dan sebagainya, nak gelak pun tak sompek! Hhehehe..Jangan macam tuh, korang pernah tak baca yang banyak pesakit menggunakan terapi ketawa sebagai salah satu penyembuhan alternatif? Dan ia sememangnya berkesan!
Macam ni pun best kan? Tak membazir susu kita. Me pun suka buat camni masa susu banyak dulu!
So, bolehlah Mummy-mummy cuba try test aktiviti nih dengan baby masing-masing okeh! Pastu leh komen dan bgtau apakah hasilnya. Bagi siapa yang pernah try aktiviti songsang nih, bolehlah share jugak experience masing-masing samada ianya berkesan untuk anak anda tak? Atau adakah anda seronok bermain permainan ini? As i always said, stimulation can be anytime & anywhere. So, this is one of the activities yang boleh dilakukan! :) Dont Try this at home okeh!
Ni baru betul! Papa, dont try this at home! Ekekeke
No comments:
Post a Comment