Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan konsep Playgroup yang diadakan di GBOB. Ada yang ingat GBOB ni Nursery, ada yang ingat something like Tadika, tapi banyak yang bertanya saya adakah mereka perlu ada sama ketika kelas diadakan. :)
Ok, ini jawapan jitu saya: YA!. Ibu bapa WAJIB ada sepanjang sessi Playgroup di adakan. Kalau tak dapat datang, mesti ada seseorang yang menjaga anak anda ketika itu cthnya pembantu rumah, adik, kakak, nenek, datuk dan sebagainya. Tak kesahlah sesiapa, tapi WAJIB ada. (sayangnya kalau parents takder tapi suruh org lain juga, tapi kalau dah terpaksa, itu lebih baik dari anak tak datang langsung sebab takder orang jaga kan).
Mengapa? Jawapannya mudah. Disinilah tempatnya, disinilah medannya untuk anak anda BERMAIN UNTUK BELAJAR dan anda pula BELAJAR UNTUK BERMAIN! Haaaa...confirm korang akan ulang statement kat atas ni at least 2 kali kan? Wakakakaka... Biarlah saya berterus terang. Mengaku sajalah yang kita sudah terlalu tua untuk mengingati bagaimana kita bermain ketika kecil dulu kan? Kalaupun kita masih ingat, kalaupun ia masih kukuh di ingatan, mungkin permainan ketika itu adalah mengejar kucing di halaman rumah, melastik burung, melompat dan membuat terjunan tiruk (bak kata Mommy Lyna) di sungai depan rumah, bermain masak-masak dan bermain kawin-kawin dengan rakan-rakan sebaya. Betul tak? Ekekekek.. (bestnya main kawin-kawin time kecik, lawak giler bila ingat balik..) Kita mungkin lupa bagaimana ingin membuat aksi-aksi spontan yang lawak, membuat mimik muka teruja, seronok, terkejut, gembira, sedih dan sebagainya di depan anak kita. Kita mungkin tidak pasti cara terbaik untuk bermain dengan anak di samping mengajar anak kita sesuatu ilmu tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya sedang belajar.
Ya, kerana itulah, involvement parents sangat penting dalam Playgroup di GBOB. Kalaulah tak ramai student dalam satu-satu kelas, saya memang tak kisah kalau Daddy pun nak join sekali untuk tengok apa aktiviti yang anak mereka belajar setiap minggu. Kalau dah penuh sgt, baru saya minta Daddy menunggu di Seminar Area. Di sinilah hubungan kekeluargaan akan semakin kukuh, di sinilah anak anda akan merasakan yang mereka di hargai, di sayangi dan ibu bapa masuk ke dalam dunia mereka, menyelami hati dan perasaan mereka yang dahagakan stimulasi a.k.a permainan a.k.a pembelajaran yang berterusan.
Mari kita fikirkan sejenak. Setiap hari kita bekerja, keluar pagi sampai pun dah malam, masa yang kita habiskan untuk anak juga agak kurang, mungkin maksimum 10-12 jam setiap hari? Silap-silap keluar pagi anak masih tidur, balik malam anak pun dah tidur. Bila masanya kita ingin membelai dan menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kita pada anak? Betul kita hantar anak ke Nursery terbaik di seluruh Malaysia, Tadika terbaik seluruh Malaysia, (nak carik Tadika dan Taska anak pun mengalahkan nak cari universiti, betul tak? Hhehehe..Saya baca tau status kawan-kawan yang gigih cari Nursery dan Tadika terbaik untuk anak) tapi persoalannya, adakah kita bersama mereka di sana? Adakah kita ambil tahu apa yang cikgu ajar setiap hari di sana? Adakah kita involve dengan apa yang mereka main @ belajar di sana? Saya tidak mengatakan Tadika @ Taska tidak baik, saya sendiri menghantar anak saya ke Tadika, tetapi maksud saya di sini adalah penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dilakukan. Saya sangat suka dan sering menegaskan bahawa IBU BAPA ADALAH GURU TERBAIK UNTUK ANAK MEREKA. Prinsip itulah yang saya pegang sehingga kini. Saya sendiri mengaku kepada semua para pelanggan saya, sebagus mana pun saya sebagai guru Playgroup, sehebat mana pun kelas yang saya adakan, ANDA, yer ANDA sebagai ibu bapa lebih HEBAT lagi sebagai GURU kepada anak sendiri. Takkanlah kita hendak meninggalkan anak kita untuk di jaga pengasuh atau orang lain ketika Playgroup? (melainkan ada masalah tertentu yg tidak dapat dielakkan lah kan .. :) Dahlah di Taska/Tadika pun orang lain yang jaga dan tengok, kat rumah pun orang lain tengok (maid), hujung minggu pun nak tinggal bagi orang lain tengok? Adoiii.. kesian tau anak kita .. hu hu...
Saya ingin semua ibu bapa menjadikan kelas Playgroup ini sebagai medan untuk anda "menebus kembali" masa-masa anda yang hilang atau terlepas akibat kesibukan anda dari hari Isnin sehingga Jumaat. Luangkan masa untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti anak. Ketika kelas di adakan, jika perlu anda menari, jika perlu anda membuat mimik muka lucu, jika perlu anda memeluk, jika perlu anda melompat, maka lakukanlah jika ia dapat memberikan satu senyuman pada wajah anak anda. Mungkin anda penat, tak larat nak joget sama-sama, tak larat nak terkinja-kinja macam dulu lagi, tapi fikirkan ini : Selagi ada daya, selagi ada kudrat, cubalah, kerana kita semakin tua, anak juga semakin membesar, peluang itu tidak akan datang lagi. Biarlah kita penat sedikit dalam tempoh 45 minit - 1 jam setengah itu, tetapi itulah masanya yang akan kita kenang sampai bila-bila. Bukan kita sahaja, anak kita juga akan mengingatinya sehingga dia besar dan mungkin melakukan perkara yang sama pada anak mereka kelak.
Kadangkala saya juga penat, banyak betul kerja yang perlu saya siapkan dan masa saya semakin suntuk, tetapi apabila anak ajak saya bermain, penat macam mana pun, selagi boleh saya cuba menggembirakannya, walaupun kadangkala ia menuntut kesabaran yang maha tinggi. Kadangkala tersasar juga, kita kan manusia biasa, tetapi selagi daya, selagi boleh saya cuba memenuhi permintaan anak yang ingin bermain bersama. Saya boleh lihat Qarissa yang apabila dia melakukan sesuatu aksi lucu @ aktiviti dan ingin saya melakukan aksi yang sama (menari, berjoget, membuat mimik muka, menyanyi atau apa sahaja yang menyebabkan saya harus meninggalkan kerja pejabat yang sedang dilakukan), dia akan memandang saya sambil tersenyum dan melentokkan kepalanya sedikit sambil mengharap agar saya lakukan sesuatu. Dia seolah-olah tahu yang saya akan lakukan dan penuhi permintaannya. Wajahnya ketika itu betul-betul mengharap. Harus saya mengaku, saya selalu tewas. :) Setiap kali perkara itu berlaku, saya akan berkata pada diri sendiri, "Tak apa lah, anak nak ajak main, semoga Allah memudahkan aku untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh ini."
Dan, kerana itulah saya amat menggalakkan ibu bapa turut serta untuk melihat sendiri perkembangan anak dalam sessi Playgroup ini. Tak banyak sedikit, anak mesti akan perasan kelebihan Playgroup ini, di mana ibu dan bapa mereka ada sama ketika sessi permainan. Ibu bapa juga akan dapat melihat pencapaian anak dari minggu ke minggu. Dari seorang anak yang pemalu, tidak mahu bercampur, suka menyendiri, tidak suka berkongsi atau apa sahaja sikap yang agak negatif, mungkin kini sudah berubah menjadi positif. Memang perubahan tersebut tidak dapat dilihat serta merta, mungkin 2 kali, mungkin 3 kali atau mungkin juga selepas sebulan kelas dijalankan. tetapi kesan positifnya PASTI akan kelihatan. :) Itu janji saya. Insya Allah saya akan kongsikan emel yang saya terima dari ibu bapa berkenaan dengan anak-anak mereka yang membuatkan saya terharu dan bangga, dan ada juga yang membuatkan saya rasa saya harus kerja lebih kuat untuk menarik perhatian mereka bagi menyukai sessi Playgroup ini. Tunggu entry seterusnya okeh ..:)
Sebelum saya mengakhiri entry kali ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka di GBOB, datang setiap minggu tanpa jemu, melayan kerenah anak yang manja dan bijak, dan ada juga yang hadir berdua bersama suami tercinta, di mana suami tersebut setia menanti dan bermain bersama-sama anak. Yer, saya terharu dan saya kagum dengan anda. Anda membuang rasa malu, segan dan "kontrol macho" anda hanya kerana ingin menikmati sat-saat indah bersama anak tersayang. Anda tahu siapa anda kan? Saya bangga kerana mempunyai sahabat seperti anda. :) Dari hati saya yang tulis ikhlas - TAHNIAH Inspektor Sahab!!
No comments:
Post a Comment