Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Tuesday, January 18, 2011

Makluman: Perubahan Waktu Mom's Day Out


Saya baru sahaja mendapat berita dari partner yang mengendalikan Segmen Moms Day Out pada hujung bulan ini iaitu pada 29 Januari 2011 (Sabtu), yang ada sedikit perubahan pada program tersebut. Terdapat permintaan untuk menukarkan waktu program dari pagi ke petang kepada waktu petang sahaja. Dan bagi memenuhi permintaan, maka pihak yang berkenaan dah pun setuju untuk menghimpunkan segala aktiviti yang berkaitan pada waktu petang. Maka, dengan ini saya dengan segala hormatnya ingin memberitahu bahawa Program Mom's Day Out akan dijalankan bermula pukul 1 pm hingga 6.30 pm. Suka juga saya bila dah tukar jadual ni, jadi boleh attend dan habiskan sepenuh masa di bawah, kalau tak pagi tuh ai ada kelas Playgroup. Melopeh nak dengar dan attend apa-apa aktiviti. Ahaks... :)

Kita akan mulakan  sessi Moms Day Out dengan makan-makan dan registration dulu.:) Okeh, di bawah ini adalah maklumat yang saya dapat dari pengendali program. Jom kita tengok aturcara pada hari  tersebut jom! 

1.00-2.00 pm - Registration & Lunch (Buffet Style & amik goodie bags)
2.00-2.30pm - Breastfeeding Talk by Pn Farah Farhan, Sarakids
2.30-4.00pm - Lilitan Selendang Anggun by Pn Anizon, Anizon Collection
4.00 - 4.30pm - SB program & services preview by Mommy Lyna
4.30-5.30pm - Cupcake Deco by Dilla's Deli
5.30-6.30pm - Felt Craft by Sekoci Norlie
6.30pm - Photoshoot, Tea-break & Adjourned. :)

Dan sesiapa yang hadir akan menerima Sijil kehadiran dari pihak Bling Lustre . :) Saya pula telah dijemput menjadi MC pada hari tersebut. Eh eh ..macam tak caya jer. Boleh ker aku jadi MC nih? Hahhahaa.. Sekali nanti orang tak paham apa saya cakap sebab laju sangat erk? Takperlah, saya cuba pelankan okeh ..:) Ini satu penghormatan pada saya juga. Manalah tau, tup tup ada plak yang panggil saya jadi Pengacara Jemputan Nona. Tak pun, pengacara majlis open office ker, birthday kay .. leh ah dapat income lebih sket kan! Wakakakakak... Perasan tak hengat dunia! Wakakaka.. 

So, sesiapa yang dah register dengan saya tuh, kindly take note yerk kengkawan..:) Sapa yang nak register tuh, penyertaan masih dibuka. Mehlah meriahkan suasana beramai-ramai ..:)  Jumpa anda di sana okeh!

post signature
post signature

No comments: