Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, January 12, 2011

Playgroup Week 7 Yang Happening!

Minggu ke 7 Playgroup di Genius Baby On Board memang happening. Selain dari kelas Playgroup Level 4, GBOB juga baru sahaja membuka kelas untuk Playgroup Level 2 iaitu untuk bayi berusia 6-12 bulan. Memang seronok bermain dengan bayi-bayi riang ini. Penat juga lah Mommy dorang nak dukung-dukung anak. Hehhee.. Ni lah timenya nak kurus kan ..:) Ada ramai juga ibu bapa yang tanya Watie pasal Playgroup ni. Apa yang di ajar, mak kena ada ke tak dan macam-macam lagi soalan. Insya Allah nanti Watie buat satu entry khas yer. Memang kalau nak ikutkan, Level 2 dan Level 3 agak penat sikit sebab banyak aktiviti yang most of it, mak bapak kena dukung anak. Kalau dah level 4, anak dah boleh lari sediri kan. Hehehe.. Takper lah, ni jer pun masanya nak bersukaria dan menyelami dunia anak kita. 

Level 2 & 4 Class
 Berjoget bersama anak..
 Pat A Ball
 Manjanya semua!
Baca doa sebelum kelas bermula
 
I Love You Allah Book!
Semangat betul kanak-kanak ni nak ambil Apple & Banana!

Minggu ini juga sangat istimewa kerana pihak RTM melalui rancangan IKS telah menemurumah Watie for 2 days, di mana mereka buat coverage hari Sabtu untuk Sessi Playgroup dan hari Ahad, untuk Sessi Seminar. Will blog about this later okeh ..:) Alhamdulillah, pihak RTM nampak yang apa GBOB lakukan sangat baik untuk masyarakat di luar sana, dan sudi buat coverage. Thanks Aishah. :) Love ya! 

  Tepuk-tepuk!
Danial terkejut ada abang cameraman amik gambar hensem dia! 
Interview berlangsung sebelum kelas Level 4 dijalankan
Genius Kids tengah main2 masa teacher di interview

Setelah 2 minggu bercuti (Krismas & Tahun Baru), sememangnya saya rindu sangat dengan anak-anak saya ni semua tau! Risau juga kalau-kalau dorang dah tak ingat Teacher tapi alhamdulillah, semua masih ingat Teacher, bukan itu sahaja, semuanya sangatlah baik di sepanjang kelas, very well behave dan participate in every session macam nyanyian, phonics, reading, art dan sebagainya. Macam tau-tau jer nak masuk TV! Hehehehe.. Pandai betul anak-anak saya nih. Si Qarissa bukan main poyo, dia jer nak posing depan kamera besar tuh, kemain lagi aksi dia buat Head Shoulder Knees & Toes masa time Chicken Dance tu. Memang best lah Watie rasa that day, dengan Danial nya yang kemain becok duk ajak Adam sama-sama baca buku, dengan Zaer yang hensem tuh sibuk joget-joget sama, dengan Ziyad yang memula malu nak join, sekali dah naik Sheikh pulak, kemain comel bila amik alat permainan yang saya berikan, dan ada juga yang 1st time datang selepas lama bercuti iaitu Ayriss & her Mummy Marlini. Bagus Ayriss sebab tak malu, main sesama dan saya paling suka bila dia pun excited duk tergelek-gelek kepala bila sampai kat lagu I Love My Mother Dearly. :)  Selain tu, ada juga yang datang for 1st time Trial iaitu Mommy Lyna dengan Hafiy & Fahry. Kata Lyna, Hafiy macam malu-malu, siap sound, "Hafiy tak mau dancing2" (wahhh... sungguh lelaki melayu terakhir ko noksss..) tapi adiknya Fahry sangat best dan sporting. Walaupun pertama kali datang, Fahry sangat pandai menyesuaikan diri dengan kawan-kawan yang lain, in fact, dia paling femes sebab dia kan special baby, haruslah special juga layanannya, ekekek. Kengkawan lain pun teruja dengan Fahry, sampai kena interview dengan pihak RTM juga. Fahry bijak tau, Lyna kata bila balik rumah, kemain semangat dia nyanyi lagu Apple & Banana. Hehhehe.. Comel jer kan. Saya rasa mesti parents yang lain pun ada pengalaman yang sama, bila balik rumah, anak mereka masih excited dan mula menyanyi kembali apa yang telah dipelajari di sessi Playgroup. Hmmm. itulah anak-anak kita, mereka sememangnya genius, nyanyi sekali jer, tapi boleh ingat dan kemudian siap boleh nyanyi balik sebutir-sebutir apa yang dia belajar. Sebab tuh kita kena bagi pelaung pada anak kita untuk tonjolkan kebolehan dan keupayaan dia, kita kena percaya dengan anak kita. Sesapa yang datang seminar saya hari Ahad mesti masih ingat tentang THE POWER OF TRUST kan? :) 

I like to eat-eat-eat Apple & Banana. The best way to teach AEIOU. Mak bapak pun suka sebab kena pikir sebelum sebut. Eekkekekee..
Semua pegang nose! Where is your nose children??
 Head, Shoulders Knees & Toes. kemain gelek lagi si Qarissa tu!
 Sukanya Ziyad dengan Apple & Banana dia!

 Give back the apple & banana to Teacher darling!

Minggu ke 7 nih, we all belajar pasal Nose - Thanks Allah For Our Nose. Memanglah semua nya bijak2 belaka menggunakan pancaindera mereka tu. Kemain comel bila semuanya excited nak hidu apa yang saya letakkan dalam cawan putih. Kiut sungguh bila nampak muka mereka berubah, hidung mereka bergerak semata-mata untuk mengenalpasti bau apa yang mereka bau tu. Kiut giler hokay! :) Selain tu, this week Opposites Day adalah tentang THICK and THIN. Excited semua kids nak amik Stick Rod yang tebal dan Chopstick yang nipis. Saya tengok semua excited bila nampak perbezaan yang nyata antara Stick Rod dan Chopstick tuh.:)
Semua teruja dapat patung masa Phonics Time - D
 Ambil sorang satu Doll ok sayang!
Ok come sing Dolls Are Dancing!

 Di Session Phonics pula, kami belajar huruf D. Memang bestlah semua bebudak nih, semua excited tau nak nyanyi lagu, sampai mak-mak dan bapak-bapak pun teruja sama. Nyanyi dari A-D. Yang paling best tuh, untuk huruf D minggu nih, kita belajar nyanyi guna Doll. Jadi, bila saya keluarkan big Doll untuk kanak-kanak tu pegang, semua jadi teruja hokay! Ada yang takut juga macam Danial. Comey giler bila tengok Danial takmo pegang Doll dan dia kata, "Takmo, takut!".  Sebab Doll tuh punya mata biru. Bila Doll tuh baring, mata dia tertutup kan, baru Danial nak pegang, dan bila dia dukung balik, mata Doll tuh terbukak dan dia takmo balik. Hhehehe.. Bijak kan budak2 ni semua. Walaupun dalam kedaaan macam tuh, they're learning something tau!  Dalam Art Class pula, kami semua buat Elephant Head dengan nose yang panjang. Dengan bantuan ibu bapa dan participation mereka semua, kemain cantik lagi Elephant masing. Macam2 bentuk telinga saya nampak! :) Comey-comey belaka! 

 
 Buku I Love Allah about nose. Comey jer bila tetiba Danial kata, "Happy Birthday To You!" bila dia nampak kek dalam buku tuh. Hehhehe,. Bijak!
Dolls Are Dancing Deh, Deh, Deh, Deh is the sound of D!
  Opposite Days - Thick & Thin
 Selain ajar Opposites, kita juga belajar membaca dengan cara yg sempoi!
Tengok tuh, suka betul dan tak sabar-sabar nak bau! Pandainya!

Seperti biasa, Parachute time memang saat yang ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak. Teruja betul mereka bila melihat Parachute tuh di hayun ke atas dan kebawah. Itu belum lg Bubbles Time. Semua berebut-rebut nak poke Bubble tu. Pandai semua kanak-kanak ni tau ..:)Yang bgsnya, walaupun mereka teruja dan gembira, mereka tak lah sampai bertolak-tolak antara satu sama lain. Everybody respect their own space dan bermain bersama-sama. Itulah bagusnya Playgroup di mana ia mengajar kanak-kanak ini berkongsi dan menghormati antara kawan-kawan dengan cara yang santai, yang dorang pun tak sedar sebenarnya they're learning.  

 Parachute Time
 Semua suka duduk atas Parachute
Tak sabar nak amik bell & maracas

Bila habis jer sessi peluk-memeluk antara ibu bapa dan anak-anak, tibalah masa nak nyanyi lagu penutup. Time nih saya memang cukup suka tau, sebab kanak-kanak nih sungguh pandai bermain emosi. Dengan wajah yang syahdu, dengan gaya-gaya mereka yang comel dan tersendiri tuh, memang boleh buatkan mak-bapak rasa terharu dan bertuah sebab ada anak bijak camtu. Kemain manja semua nak peluk mak dan ayah masing-masing. Sejuk hati mak ayah tau sayanggggg! Hehehehe ...

Semua sabar menunggu apa lagi yg bakal Teacher beri. Suprise!
Can u tell Teacher what is this smell? Use your nose honey pie!!
 Bagus kan Fahry? Leka mewarna!
 Wah..kemasnya Elephant Ayriss!
 Ziyad yg tekun!
 Memastikan semuanya terurus..
Para ibu bapa yang cukup membanggakan!

Saya sangat berharap agar ibu bapa yang menghadiri Playgroup di GBOB ini akan menikmati dan menghargai  saat-saat indah mereka bermain dengan anak-anak kerana ia tidak akan berulang lagi. Segala gambar dan rakaman yang di ambil ketika kelas akan menjadi kenangan abadi apabila anak kita dewasa kelak. Semuanya akan tersimpan di kotak ingatan kita dan ia akan kekal selamanya. Bila kita tua nanti, dan kemudian anak-anak kita pula membawa anak mereka ke kelas-kelas seperti ini (malah mungkin lebih advance lagi -mengikut arus masa), kita akan bangga dan gembira kerana kita yang membentuk siapa anak kita. Segalanya akan berulang kembali seperti memori-memori manis yang kita cipta satu ketika dahulu. Oh, tetiba saya nak feeling-feeling syahdu pula. Hmm..mungkin kerana lately saya banyak membaca pasal kes buang bayi, kes dera dan sebagainya, saya jadi lebih emosional :( . 

Kenangan indah I'm A Little Teapot!
 Little Star using bell
 Mommy Danial kena interview :)
  Daddy Danial pun kena interview :) Danial maintain macho!
 Mummy Ayriss pun kena interview
 Semua kids suka betul time nih!
Stamp! Stamp!
Bergambar selepas habis kelas.

post signature

post signature

No comments: